Kenapa Shukri Yahaya Berdendam Dengan Emma Maembong?

Kerana Dia Manusia Biasa, adalah drama terbaru lakonan Emma Maembong dan Shukri Yahaya. Drama penuh emosi ini bakal menggantikan drama Mimpi Sabrina yang akan beralih ke slot Azalea setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.00 petang.

Kerana Dia Manusia Biasa arahan Idora Abdul Rahman ini mengisahkan mengenai keperitan hidup seorang isteri, Nurin Aira lakonan Emma Maembong yang disiksa jiwa dan raga oleh suaminya, Tengku Shamil Zaquan lakonan Shukri Yahaya. 

Pada usia yang muda, Nurin Aira telah memikul tanggungjawab apabila Nora (Sasqia Dahuri), kakak angkatnya meninggalkan seorang bayi bernama Alia kepadanya. Nora berjanji untuk mengambil Alia semula apabila masalahnya selesai. Malangnya, lima tahun berlalu dan Nora tidak juga muncul. Nurin menjaga Alia dengan penuh kasih sayang bagaikan darah dagingnya sendiri.  

Justeru itu, dapatkah Nurin bertahan dengan dugaan yang dihadapinya? Adakah Tengku Shamil Zaquan melayan Alia sebagai anaknya atau sebaliknya? 

Jangan lupa saksikan Kerana Dia Manusia Biasa di slot Samarinda mulai 24 Julai ini hanya di TV3!

Salma Syahbuddin