Categories: FeaturedOh Lawa

Soul Matte, koleksi ideal untuk si gadis kulit berminyak

Memiliki jenis kulit berminyak ternyata ianya sedikit menyukarkan untuk seseorang itu memilih produk solekan. Tekstur yang salah boleh menyebabkan solekan wajah merekah dan bercapuk.

Bagaimanapun usah bimbang, kerana kini terdapat lambakan produk solekan yang sesuai dengan kulit berminyak, tinggal lagi adakah anda termasuk dalam kategori pengguna mementingkan status halal atau tidak sesuatu produk itu.

Foto Instagram Alha Alfa

Jika anda mencari produk yang halal, Alha Alfa Cosmetics, adalah jenama kosmetik yang tidak perlu diragui lagi.

Tambah mengujakan, pada Aidilfitri yang lalu jurusolek profesional ini memperkenalkan set kombo iaitu matte dan glow yang dihadirkan menerusi lima kod warna berbeza.

Dua set kombo itu merangkumi primer, bedak asas, bedak tabur dan penyembur mekap atau setting spray.

Foto:Instagram Alhaalfacosmetics_HQ

“Koleksi Soul Matte ini lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak memberikan ilusi solekan sempurna. Mudah diguna sekali gus membuatkan wajah segar, licin menutupi cela bekas jerawat, jeragat atau tona kulit tidak serata.

“Bagi yang menginginkan solekan menyerlah seperti artis Korea, koleksi glowing (soul glow) ini lebih sesuai untuk menampakkan tatarias mempesona sebagai penyeri mekap untuk hari raya,” katanya.

Bagi anda yang ingin belajar bagaimana Alha menghasilkan solekan menggunakan setiap produknya, anda boleh menyaksikan rakaman 20 episod Alha Alfa Night Live yang pernah disiarkan di Facebook rasmi ALHA ALFA sebelum ini.

Foto: Instagram Alha Alfa

Melalui program berkenaan yang dihoskan olehnya sendiri, Alha bukan sahaja mempamerkan demonstrasi solekan, malah ia turut diselitkan  dengan kupasan isu semasa yang menampilkan wajah-wajah popular seperti Amy Mastura, Rusdi Ramli, Zara Zya dan ramai lagi.

Yanie Baharom