Kenyataan Spontan Nelydia Senrose Undang Tawa – “Mana Di Jalan Raya Hati-Hati, Mana Yang Di Hati Jangan Jalan-Jalan”

Biarpun sudah lama tidak menghiasi kaca televisyen, segala perkongsian berkaitan pelakon Nelydia Senrose tetap menjadi perhatian dalam kalangan peminatnya.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini, Nelydia telah mengingatkan peminatnya untuk berhati-hati di jalan raya ketika bersiar-siar bersama kakaknya, Uqasha Senrose.

Dalam memberikan pesanan tersebut, Nelydia sempat berseloroh dengan mengingatkan mereka yang berada di hati untuk tidak berjalan-jalan.

“Mana di jalan raya hati-hati, mana yang di hati jangan jalan-jalan,” katanya.

Mendengar kenyataan spontan pelakon itu, Uqasha kelihatan terkejut namun terhibur dengan telatah adiknya.

@miss_teera Baik B kita tak jalan² 🤣🤣🤣 #nelydiasenrose #uqashasenrose #mylove #mysweetheart #fyp ♬ bunyi asal – miss_teera

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur dengan pelakon itu.

Fatin Nurain