“Kepada Anda Semua April Fool! Lagu Raya Saya Tahun Ni Tak Ada Pun” – Aliff Syukri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil mendedahkan, dirinya tidak mengeluarkan lagu raya pada tahun ini seperti yang diuar-uarkan sejak beberapa hari yang lepas.

Menurutnya, video promo lagu raya yang dimuat naik sebelum ini adalah sekadar gurauan semata-mata sempena April Fool yang disambut pada 1 April setiap tahun.

“Lagu raya saya tahun ini tak ada pun, saya saja sakat kau orang semua.

“Kepada mak dan isteri saya jangan marah ya dan kepada korang (netizen) semua, April Fool!,” katanya.

 

Perkara itu dikongsi Aliff menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya sebentar tadi.

Malah, menerusi perkongsian video tersebut, Aliff sempat meniitpkan ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi kepada seluruh peminat dan pengikutnya dimedia sosial.

“Janganlah serius sangat, hidup ni kena happy je.

“Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Yang baik dari Allah, yang kurang dari saya,” jelasnya.

Terdahulu, tindakan Aliff memuat naik video muzik ‘Love Raya’ nyanyiannya menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen dan juga ibunya sendiri, Rozita Ibrahim.

Malah, muzik video berkenaan juag dianggap tidak bersesuaian dan kurang sopan untuk dipertontonkan terutamanya ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Malukan Mak, Hidup Mak Dah Akhir-Akhir” – Bonda Rozita Kecewa, Minta Aliff Syukri Jangan Buat Lagu Raya Lagi

ARTIKEL BERKAITAN:Padam MV Lagu Raya ‘Menggeletis’, Aliff Syukri Mohon Maaf, Netizen Perli: “Setiap Tahun Drama, Skrip Sama”

Salma Syahbuddin