“Keputusan Bercerai Atau Tidak Selepas Balik Umrah” – Isteri Shuk Sahar

Pelawak Shuk Sahar kini berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Rossa Sera.

Sera atau nama sebenarnya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mengaku Shuk mengajaknya ke Tanah Suci bersama rakan perniagaan untuk menunaikan umrah.

Malah, ia ibarat permulaan yang baik buat mereka sejak berdepan dengan masalah rumah tangga.

“Ia umpama titik permulaan baharu buat kehidupan kami.

“Hanya bersama Shuk dan ada beberapa rakan perniagaan turut bersama. Ia boleh dikira sebagai lawatan umrah bersama rakan perniagaannya,” katanya.

Dalam pada itu, Sera juga memohon orang ramai mendoakan kebahagiaannya jika masih bersama atau sebaliknya.

“Keputusan mahkamah akan diketahui selepas kami pulang daripada mengerjakan umrah. Sama ada positif atau negatif, apa yang sudah berlaku, biarlah berlaku.

“Saya mahu melihat ke hadapan bersama anak-anak. Shuk juga mahu fokus pada perniagaannya.

“Jadi, saya dan Shuk ingin berubah menjadi lebih baik dan bertanggungjawab kepada anak-anak.

“Sebagai ibu, saya mahu fokus kepada anak-anak dan kerjaya, begitu juga Shuk.

“Jadi, sekiranya apa sahaja yang berlaku saya mohon doakan kebahagiaan kami walaupun bersama atau tidak,” katanya.

Terdahulu, Sera pernah memfailkan cerai terhadap Shuk atas dakwaan curang.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.

Sumber: Berita Harian

Khairil Khusyairi