Hiburan By: Padin March 15, 2023 @ 3:17am

Kerap Live Di TikTok, The Melvins Kekal Hubungan Akrab – “Buat Apa Nak Gaduh-Gaduh Adik Beradik”

Pelakon Syatilla Melvin, 32, mendedahkan dia dan tiga adik beradiknya, Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33; Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29; dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26, tidak pernah bergaduh besar ketika menjalankan perniagaan.

Mempunyai hubungan akrab, pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini mengaku keakraban mereka menjadi penarik minat orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Join Buat Live Bersama Anak, Ibu Adik-Beradik The Melvins ‘Describe’ Menantu

ARTIKEL BERKAITAN: Riuh Suasana Bila The Melvins Nyanyi Lagu Nasyid Ketika Live – “4 Beradik Ni Lawak Gila”

“Syukur Alhamdulillah, kami sudah empat tahun menjalankan perniagaan Kekasih. Kelainan kami apa yang saya boleh tekankan adalah hubungan akrab kami adik beradik.

“Buat apa nak gaduh-gaduh. Ini yang membuatkan orang tertarik dengan kami. Macam sekarang kami kerap ‘live’ di TikTok dan orang boleh tengok macam mana mana kami berniaga di situ. Kami bersatu di situ dan itulah kekuatan kami,” katanya.

Komited dalam menjalankan perniagaan, Syatilla mendedahkan mereka pernah mengalami detik suram ketika pandemik menjejaskan dunia.

“Mungkin produk dan kualiti sama macam orang lain, tapi sebab hubungan itu kami lain sedikit. Tengok saja kami berempat, orang sudah tahu ia adalah The Melvins. Dalam masa sama, tak keterlaluan jika dikatakan jenama juga satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama oleh empat beradik.

“Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Bukan sekadar hanga-hangat tahi ayam. Kami juga melalui episod hitam ketika pandemik melanda. Dari situ, ia memberikan banyak pengalaman kepada kami untuk bangkit dan terus mara ke hadapan. Kami memperbaiki apa yang kurang untuk menjadi lebih baik,” katanya.

Syatilla ditemui di majlis soft launch produk edisi Raya Kekasih, baru-baru ini.

Bersempena sambutan Syawal tahun ini, The Melvins melancarkan edisi baharu Kekasih.

“Edisi ini kiranya berwajah baharu. Edisi ini menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan moisturiser. Macam kosmetik tu ada empat warna ‘best selling’ yang mana kami keluarkan semula seperti maskara, pengapit bulu mata, dan pertama kali keluarkan pembayang mata.

“Insya-Allah, untuk kedua-dua rangkaian produk ini kami keluarkan antara 50,000 hingga 60,000 unit saja. Jadi, memang terhad. Nama pun istimewa, jadi kami mahu semua pelanggan kena dapatkan segera. Dari segi harga pula, satu pek RM19 dan paling mahal pun RM69. Dalam erti kata lain, kalau beli semua tak sampai RM100,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Jul 2019

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diciplak Betul Ke?

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diciplak, Menteri Tampil Beri Penjelasan

Trending Tue, 17 Mar 2020

5 Filem Hollywood Yang Ditunda Tayang Akibat Covid-19

PENYEBARAN wabak Corona atau Covid-19 yang menyerang masyarakat dunia pada waktu ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada industri perfileman negara dan luar negara. Beberapa filem hebat Holywood terpaksa ditangguhkan tayangannya akibat penularan wabak yang semakin […]

Contest Tue, 14 Jan 2020

xtra好康头 | 送你双威主题乐园门票玩转金鼠年

欢乐数不清!xtra好康头要送你双威主题乐园门票,让你在这个农历新年玩转金鼠年~

Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] “Jenis Nak Bagi Tahu Satu Dunia Dia Suka…” – Panggil Anna Jobling ‘Yang’, Netizen Meluat Dengan Meerqeen?

Agaknya selalu sangat Meerqeen dengan Anna Jobling sweet sampai bersemut timeline netizen tu 🤣 Jealous kott 🤭🥵

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Selepas Lapan Tahun Menanti, Tahniah Achey!

Namun pada 22 Mei 2018 di ramadan keenam anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu. Alhamdulillah…

Featured Fri, 9 Dec 2022