Featured By: Fatin Nurain May 24, 2022 @ 6:36pm

Wawa Zainal Kenang Hidup Susah Waktu Kecil Dengan 23 Beradik – “Telur Sebiji Pun Kena Bahagi Adik Beradik”

Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal berkongsi kehidupan yang dilalui ketika kecil bersama 23 adik-beradiknya di Lahad Datu, Sabah.

Menurut Wawa, dia dan adik beradik yang lain pernah hidup susah dan berusaha untuk mengubah nasib kehidupan mereka

“Saya bukan berasal dari keluarga senang. Kalau ingat dulu kehidupan kami sekeluarga sangat susah. Apatah lagi kami ada 23 beradik daripada tiga emak. Saya sendiri ada 11 orang adik-beradik.

Kalau dapat makan lauk ayam tu kira macam dah sangat special dah bagi kitorang. Telur sebiji pun kadang-kadang dua tiga orang kongsi.

“Jadi, apabila melihat bagaimana ejen jualan produk saya berusaha keras untuk mengubah hidup mereka, saya sangat faham kerana pernah melalui situasi sama. Malah, saya terdesak untuk keluar dari kesusahan itu,” jelas Wawa.

Memetik laporan Harian Metro, Wawa turut luahkan rasa syukur atas pencapaiannya hari ini dan kebanyakan adik-beradiknya turut bekerja dalam syarikat Wawa Cosmetic.

“Alhamdulillah, apa dicapai hari ini bukan untuk saya seorang tapi juga adik-beradik dan keluarga saya. Sebab itu kebanyakan adik-beradik saya bawa mereka bekerja dalam syarikat Wawa Cosmetic selain ada yang turut menjadi ejen. Saya bagi peluang pekerjaan pada mereka. Dan itu cara yang saya boleh bantu mereka,” katanya.

Perkongsian itu dibuat menerusi satu rakaman video yang tular di aplikasi TikTok, di mana Wawa sedang berkongsi kisah hidupnya sebelum berjaya seperti sekarang.

@ril_glamrs #wawamoisturizer #cleanserwawa #wawazainal #fypdongggggggg #women #aerilzafrel #fypシ゚viral #fypage #fypシ #fyppp #fyp ♬ original sound – ril_glamrs

Antara yang menarik perhatian apabila Wawa yang juga isteri kepada pelakon, Aeril Zafrel itu berkongsi dia mempunyai 23 adik-beradik.

Wawa turut memaklumkan yang dia sudah membawa kesemua keluarganya berpindah di Bangi, Selangor.

“Memang betul saya ada 23 adik-beradik. Bapa saya berkahwin tiga. Daripada isteri pertama ada sembilan anak, dengan mak saya ada 11 anak dan isteri ketiga tiga anak. Cuma isteri pertama sudah meninggal dunia termasuk dua adik beradik lain.

“Sekarang mak kandung dan mak tiri (isteri ketiga ayah) yang membesarkan saya dan semua adik-beradik saya bawa berpindah ke Bangi, Selangor. Insya-Allah, saya dalam perancangan untuk membina rumah untuk keluarga pula,” kongsinya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 1 Apr 2022

Pengeluaran Khas KWSP: Tarikh & Panduan Semakan Status Kelulusan

Bermula hari ini, permohonan bagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP)  kini dibuka. Permohonan ini adalah untuk mereka yang layak dan memenuhi kriteria serta syarat yang diperlukan. Berikut merupakan syarat layak mohon pengeluaran […]

Trending Wed, 30 Sep 2020
Featured Mon, 30 Mar 2020
Featured Wed, 21 Dec 2022
Events Thu, 2 May 2019

Over 2,300 Runners Thronged the National Geographic Earth Day Run 2019 Finish Line

In conjunction with International Earth Day, the run celebrated the on going
efforts by National Geographic and its partners to promote environmental awareness.

Featured Thu, 16 Dec 2021
Hiburan Mon, 6 Jan 2020