Hiburan By: Syamir Shafie November 28, 2023 @ 2:23pm

Netizen Tuduh Jadi Juri Tapi Suara Tak Sedap, Usia Merupakan Faktor Jejas Kualiti Vokal Mas Idayu – “Penyanyi Negara Mana Sekali Pun, Suara Takkan Sama Seperti Zaman Muda”

Penyanyi Mas Idayu, 51, menjawab pertikaian netizen terhadap tugasnya sebagai juri program nyanyian kerana timbul dakwaan vokalnya tidak sedap.

Pemenang Album Dangdut Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1998 dan 2000 ini mengaku kemampuan vokalnya tidak lagi sama seperti di zaman muda dahulu.

Figura yang mesra disapa Mummy ini menjelaskan usia menjadi faktor utama yang menjejaskan kualiti vokalnya.

Namun, jika dibandingkan dengan keadaan vokalnya pada era 90-an dan 2000 dulu berbanding sekarang, Mummy masih lagi cemerlang untuk mengawal pernafasan, lontaran vokal dan memiliki stamina serta dinamik yang baik.

“Suara atau vokal ni ibarat usia, tak kisahlah kau penyanyi di negara mana sekalipun, suara takkan kekal sama seperti zaman muda.

“Umur semakin meningkat. Justeru, pengalaman itu yang diceritakan kepada generasi baru,” ulasnya.

Dalam pada itu, juri Famili Duo 3 ini meminta netizen untuk membuat pembacaan dan kajian terhadap pola kerjaya serta pencapaiannya terdahulu sewaktu di usia muda.

Menurut penyanyi dangdut tersohor ini, pengetahuan netizen yang cetek menyebabkan mereka memberi dakwaan dan pertikaian yang tidak berasas terhadap kreadibilitinya sebagai seorang juri profesional.

“Mungkin netizen tak betul-betul mengenali saya. Dari zaman dahulu lagi, saya sudah banyak melakar kejayaan. Ini netizen tak tahu.

“Sebenarnya, netizen kena buat research dengan mendalam. Selepas itu, barulah serang dan kecam,” luahnya.

Mummy bersama rakan juri, Ajai dan penerbit eksekutif Famili Duo 3, Muhammad Sufian Che Isa ditemui XTRA usai konsert separuh akhir Famili Duo 3 di Studio Glenmarie, Shah Alam, pada Ahad.

Sementara itu, Muhammad Sufian yang juga merupakan suami kepada Mummy tidak menyangkal kreadibiliti dan kelayakan isterinya sebagai juri yang berbakat, berpengalaman, berilmu pengetahuan serta berkebolehan untuk mengajar.

“Masyarakat di luar kena faham. Tidak semua orang yang mempunyai pengalaman yang meluas, bakat yang hebat dan pencapaian yang tinggi boleh menjadi guru yang bagus.

“Ramai artis yang mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun tapi tidak boleh mengajar walaupun dengan hanya memberi satu tips. Dia bukan dilahirkan dengan kebolehan untuk mengajar pun.

“Hanya segelintir sahaja artis yang dianugerahkan bakat untuk mengajar oleh Allah. Sebab itu dia jadi juri, kita pilih berdasarkan kekuatan dan keupayaan mereka untuk mengajar,” jelasnya.

Tiga pasangan layak ke peringkat finale Famili Duo 3 iaitu Adira dan Emma Suhaimi, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran dan Syaiful dan Sharif Zero.

Jangan lupa saksikan konsert akhir Famili Duo 3 yang bakal bersiaran Ahad ini, 3 Disember 2023 jam 9 malam di TV3 dan strim secara HD di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 12 Feb 2023
Trending Wed, 24 Oct 2018

Bayar Kompaun Atau Di Bawa Ke Mahkamah

Bayar Kompaun Atau Di Bawa Ke Mahkamah, Majlis Perbandaran Kuantan Beri Amaran

Trending Mon, 17 Jan 2022

Hangatkan Slot Samarinda TV3 – Uyaina Arshad, Nazim Othman & Fify Azmi Bergandingan Dalam ‘Kau Cipta Kasih’

Khadijah, Idris, Ramlah dan Hasnah, empat adik-beradik membesar tanpa kasih sayang daripada kedua-dua orang tua yang melepaskan tanggungjawab mendidik dan menjadi teladan kepada anak-anak. Namun, mereka tidak mudah menyerah dan sentiasa berusaha untuk mencapai kebahagiaan. […]

Trending Thu, 14 May 2020

PKPB : Bakal Dipertimbangkan Semula 18 Mei Ini

Kita doakan agar keadaan kembali pulih dengan segera

Trending Tue, 27 Apr 2021
Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Mon, 26 Mar 2018

萧丽玲接拍杨毅恒电影 首赴日本拍摄取景

以电影《阿奇洛》(AQERAT)首摘第30届东京影展最佳导演的Edmund杨毅恒,日前找来Mayjune陈美君和Sherlyn萧丽玲饰演姐妹,远赴日本取景拍摄。萧丽玲向来以电视剧为主,此次转战大荧幕,让她直呼“又长知识了!”

Trending Thu, 3 Jun 2021
Featured Sat, 13 Aug 2022

‘Digam’ Lepas Video Aksi Panas Tular Di Bigo, Natasha Elyzza Akui Lebih Matang & Memilih Kawan – “Memang Masa Muda Saya Seperti Monyet”

Setiap orang takkan lari daripada buat kesilapan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Life must go on right? 😙