Trending By: Padin January 17, 2022 @ 9:38am

Hangatkan Slot Samarinda TV3 – Uyaina Arshad, Nazim Othman & Fify Azmi Bergandingan Dalam ‘Kau Cipta Kasih’

Khadijah, Idris, Ramlah dan Hasnah, empat adik-beradik membesar tanpa kasih sayang daripada kedua-dua orang tua yang melepaskan tanggungjawab mendidik dan menjadi teladan kepada anak-anak. Namun, mereka tidak mudah menyerah dan sentiasa berusaha untuk mencapai kebahagiaan.

Terbaharu di slot Samarinda, drama bersiri 15 episod adaptasi novel ‘Kau Cipta Kasih’ karya Azilah Wahab menemui penonton TV3 bermula 13 Januari 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam.

Kau Cipta Kasih merupakan terbitan Ansar Creative Media Sdn Bhd, diarahkan oleh Nazir Jamaludin, nukilan skrip oleh Azlina Din dan Azilah Wahab serta menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Nazim Othman, Uyaina Arshad, Nafiz Muaz, Fify Azmi, Amanda Amry, Sherie Merlis, Sahronizam, Marissa Yasmin, Dilla Ahmad, Norlia Ghani, Mustapha Kamal, Ikhram Juhari, Nynaa Harizal dan Izuan Razali.

Ia mengisahkan Samad (Sahronizam) dan Sabariah (Sherie Merlis) yang disatukan atas paksaan keluarga mereka. Perkahwinan paksa ini telah memudaratkan hubungan Sabariah dengan Samad. Sabariah membenci anak-anaknya kerana dia tidak mencintai Samad yang sering mengasarinya.

Idris (Nafiz Muaz) dilahirkan dengan kecacatan di kaki. Dia dibenci dan tidak diakui sebagai anak oleh Samad dan Sabariah. Dia dibesarkan oleh Opah Piah dan Atuk Mat setelah dibuang oleh ibu bapa sendiri.

Walaupun kaki tempang, Idris diajar berdikari dan bekerja sejak kecil. Dia seorang yang rajin bekerja, taat pada agama dan hormat kepada orang tua. Opah Piah telah menghadiahkan tanah ladang dan tapak rumah pusaka kepadanya.

Ramlah (Fify Azmi) seorang yang sangat bijak dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atas bantuan Idris. Dia amat menyayangi Khadijah, kakak sulung kepada empat beradik ini yang menjaganya sejak kecil. Ramlah tidak pernah berputus harapan untuk merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya.

Hasnah (Amanda Amry), anak bongsu kepada pasangan Sabariah dan Samad sangat naif dan percaya bahawa Samad menyayanginya. Hasnah juga manja dengan Khadijah dan menganggapnya sebagai ibu.

Ketika di Tingkatan 5, Hasnah bercinta dengan rakan sekampungnya dan berkeras mahu berkahwin dengannya selepas SPM walaupun mendapat tentangan daripada Samad. Sabariah pula bersetuju dengan perkahwinan Hasnah kerana sudah tidak mahu menanggung anaknya itu.

Khadijah (Uyaina Arshad), anak sulung kepada Samad dan Sabariah sanggup berkorban dengan menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika usia masih muda. Khadijah sering menjadi mangsa kemarahan ibunya. Akibat satu kejadian, Khadijah telah dihalau keluar oleh ibunya walaupun Khadijah telah memberitahu apa yang sebenarnya telah berlaku.

Khadijah melarikan diri dan terjumpa dengan Afiq (Nazim Othman), anak kepada seorang usahawan yang berjaya. Sejak itu, perjalanan hidup Khadijah mula berubah. Adakah Khadijah, Idris, Ramlah dan Hasnah dapat menemui kebahagiaan selepas dihujani dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup mereka?

Jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan Kau Cipta Kasih, satu kisah penuh emosi, sebuah realiti kehidupan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Mar 2022

Produk Semakin Dikenali, Pengasas Noir Ini Tampil Sebagai Penaja Utama AJL 36!

Perjalanan untuk membina perniagaan bukannya mudah seperti yang disangka. Ia melibatkan perkara yang kita sukai. Dengan itu, kita akan sentiasa bermotivasi dan mahu melakukan yang terbaik dalam urusan bisnes sekali gus memberi impak positif dalam […]

Trending Fri, 18 Feb 2022

Balu Arwah Abam Menang Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

Isu yang membabitkan pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali akhirnya terjawab apabila keputusan kes saman fitnah yang difailkan balu Allahyarham Abam Bocey itu berpihak kepadanya. Memetik laporan Harian Metro, Hidayah ketika […]

Trending Mon, 16 Dec 2019

Semata Nak Kaut Untung, Bapa Sewa Anak Pada Pedofil

seorang bapa sanggup menyewakan anak perempuannya kepada hampir 30 orang lelaki pedofil

Trending Mon, 1 Jun 2020

Kementerian Arah TNB Perjelas Isu Bil Elektrik Melampau

Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera

Trending Sat, 22 May 2021

Bapa Mentua Marsha Milan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Bapa mentua kepada penyanyi, pelakon dan pengacara Marsha Milan Londoh, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman meninggal dunia pagi hari ini, selepas dimasukkan ke hospital akibat Covid-19. Menurut laporan Harian Metro, perkara itu disahkan pelantun […]

Trending Fri, 6 Dec 2019
Trending Fri, 5 Jul 2019

罕见「长四只耳朵」的猫咪

就算你不是嗜猫如命的猫奴族,在现在各大社群平台上充斥的各种可爱猫咪的照片、影片的情况下,你很难避免被这些猫咪给萌的不要不要的。

Trending Sat, 26 Dec 2020

| Live TV