“Kesian Anak Tu…Memang Sekarang Ni Semua Orang ‘Sakit’ Mental Ke?” – Ibu Bapa Pakaikan Bayi Pendakap Gigi Dikecam Netizen

Viral sebuah video pendek di TikTok yang memperlihatkan seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan tiga ke empat tahun yang dipakaikan pendakap gigi (braces) oleh ibu bapanya.

Perkongsian yang telah ditonton lebih 8 juta tontonan itu mengundang pelbagai kritikan dalam kalangan netizen yang menganggap tindakan ibu bapa kanak-kanak berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab dan ‘gila’.

Malah, warganet juga berpendapat pemakaian pendakap gigi ke atas kanak-kanak terbabit boleh membahayakan proses pertumbuhan giginya pada masa akan datang sekaligus, terpaksa menanggung kesakitan akibat pemakaian ‘braces’ tersebut.

 

Sementara itu, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati mereka terhadap kanak-kanak berkenaan akibat diperlakukan sedemikian rupa sekaligus berharap ia hanyalah ‘filter’ semata-mata.

Difahamkan, video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai @putsho05 itu berlaku dinegara jiran, Indonesia dan sehingga kini tiada sebarang respons daripada ibu bapa kanak-kanak terbabit berhubung kejadian tersebut.

 

 

Sumber: TikTok

Salma Syahbuddin