“Kesian Mak Tak Mengaku Anak” – Individu Dakwa Watie Hanifiah Sudah Miliki Zuriat, Ini Jawapan Empunya Badan

Wanita yang dikaitkan dengan pelawak Shuib, Watie Hanifiah didakwa sudah memiliki seorang anak oleh seorang individu di media sosial.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Watie memeluk dua orang kanak-kanak perempuan di sebuah hantaran dan terdapat individu tersebut meninggalkan komen.

“Kesian mak tak mengaku anak,” komen individu berkenaan.

Kemudian, Watie menjelaskan perkara sebenar dengan mengatakan dua kanak-kanak kecil tersebut merupakan anak kepada rakannya.

“Kesian Mommy Ivanna penat-penat mengandung sembilan bulan, alih-alih TyAnje yang dapat nama. Memang rezeki TyAnje ni banyak dapat anak instant. Alhamdulilah.

“Dia tak tahu ke TyAnje ni dah nak masuk 35 tahun asyik salam Ramadan je. Tak sampai lagi seruan nak salam gari,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, individu itu juga turut menjawab pertanyaan netizen lain dengan mengatakan salah seorang daripada kanak-kanak tersebut adalah anak kepada Watie.

Tambah Watie, dia hanya menganggap ia sebagai gurauan dan tidak ambil serius tentang perkara itu.

“You guys are so funny lah. #gelengkepalaajelahmampu,” tulisnya lagi.

Maya Basir