Kesihatan Mental Andi Bernadee Di Tahap 60 Peratus, Ambil Masa “Healing” Di Jepun

Setelah setahun menghilang, Andi Bernadee muncul kembali di dalam industri seni dengan melancarkan single baharunya bersama Ryan Bakery.

Menurut Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul bin Andi Mapangile, dia sedang berada dalam proses untuk kembali sembuh dari masalah kesihatan mental yang dialaminya akibat isu terkena sihir selain kes pecah amanah membabitkan seorang individu yang masih belum selesai.

“Kejadian sebelum ini masih memberi kesan kepada saya seperti sukar hendak hafal skrip apabila masuk ke set penggambaran.

“Seperti hilang daya ingatan singkat, susah sangat nak masuk dalam kepala,” jelas Andi.

Penyanyi berusia 32 tahun ini juga berkongsi dirinya banyak bersendiri dan memilih untuk mengurangkan penggunaan media sosial untuk menjaga kesihatan mentalnya.

Andi turut berkongsi dia memilih melancong sebagai salah satu cara untuk menenangkan fikiran dan menjauhkan diri dari media sosial.

“Saya memilih untuk melancong ke luar negara seperti Kyoto, Jepun, tetapi kali ini saya tidak berkongsi di mana-mana sosial media kerana ingin mencari ketenangan jiwa. ‘Healing’ kan?” jelas Andi lagi.

Kongsi Andi lagi, kesihatan mental yang dialaminya sudah berada ditahap sembuh sebanyak 60 peratus.

“Saya bersyukur sokongan dari keluarga sangat membantu. Selain itu sokongan dari orang sekeliling juga sangat bagus.” kongsi Andi lagi.

Untuk info penampilan terbaru Andi bersama Ryan Bakery melalui single “Raya Last Minit” sudah boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 31 MAC 2023.

Izzi Farhana