Hiburan By: Fatin Nurain April 3, 2024 @ 3:26pm

Ketipak Ketipung Raya Warnai Syawal, Projek Spontan Aisha Retno & Aziz Harun Tawan Hati Pendengar

Penyanyi Aisha Retno dan Aziz Harun tampil berduet sekali lagi menerusi lagu raya yang berjudul ‘Ketipak Ketipung Raya’.

Difahamkan lagu yang dicipta dan ditulis oleh Aisha, Aziz dengan bantuan Romeo serta Glowrush ini merupakan sebuah projek spontan yang tidak dijangka.

“Ia sebuah lagu yang lahir secara spontan pada tahun lalu. Pada saat itu saya teringin mempunyai sebuah lagu raya saya sendiri kerana tidak mahu ketinggalan.

“Dan saya ingin menjadikannya kandungan di platform media sosial TikTok. Kebetulan pada waktu itu saya sedang bekerjasama dengan Aisha untuk lagu Jarak.

“Jadi saya bertanya pada Aisha jika dia sudi bantu menulis lagu ini bersama. Aisha bersetuju dan kami pun menyiapkan apa yang sempat dan memperkenalkannya di media sosial.

“Kami tak menyangka lagu itu mendapat sambutan yang baik dari para pengikut kami di media sosial, khasnya di laman TikTok.

“Lantas kami mengambil keputusan untuk merakamkan dan menyiapkannya dengan betul supaya dapat dilancarkan tahun ini sebelum Aidilfitri,” kata Aziz.

Menurut Aisha dan Aziz, pesanan yang disampaikan menerusi lagu ini adalah tentang persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ia memaparkan tema-tema umum yang sering ditampilkan dalam banyak lagu raya yang lain. Ia menggambarkan kekecohan persiapan di pagi raya sambil bertanyakan hal-hal biasa seperti sudahkah baju raya dibeli, sama ada juadah hari raya sudah siap dan sebagainya.

“Ia juga mencerminkan keseronokan suasana berhari raya tanpa mengira status dan generasi. Dari situ jugalah saya memasukkan unsur tradisional lagu ini, iaitu rentak Joget untuk menjadikannya lebih rancak dan menarik,” jelas Aisha.

Tambah Aziz, proses pembikinan lagu ini juga mengambil masa yang sangat singkat bahkan tidak banyak halangan dan berjalan dengan sangat lancar.

“Proses rakaman sebenarnya sangat cepat. Pihak pengurusan saya menguruskan pertemuan dengan Aisha serta Glowrush penerbit kami, dan kami menyiapkannya dalam masa beberapa jam sahaja.

“Kami masing-masing hanya memerlukan tiga jam setiap seorang untuk proses rakaman vokal di dalam studio.

“Saya masih ingat ia terjadi pada hari Ahad dan lagu itupun sudah hampir siap kerana kami hanya perlu memasukkan bahagian ‘bridge’ dan rangkap kedua kerana bahagian pertama lagu sudah pun dikeluarkan di media sosial pada tahun sebelumnya,” katanya.

Lebih menarik lagi, lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik yang dirakam dalam sekali harung sahaja.

“Ia dirakam sekali harung dan menampilkan warga kerja Faithful Music, iaitu syarikat rakaman naungan Aziz Harun. Suasana yang ditampilkan juga sangat santai dan berjalan dengan lancar.

“Ini kali pertama Aziz dan saya merakam video muzik secara sekali harung dan hanya perlukan beberapa tangkapan semula sahaja.

“Tapi saya memang tak sabar melihat reaksi penonton yang bakal menyaksikan keakraban yang kami tampilkan dalam video muzik ini,” jelas Aisha.

Aisha dan Aziz bagaimanapun berharap agar lagu raya pertama mereka ini mendapat tempat di hati pendengar.

“Kami berharap semua yang sudah menantikan lagu ini sejak tahun lalu berpuas hati dengan hasil yang kami usahakan.

“Kami juga berharap ia akan menjadi lagu malar segar yang akan sentiasa diingati untuk masa-masa akan datang. Kami seronok menghasilkannya dan harap pendengar juga akan berasa seronok mendengarnya.

“Saya pula harap anda semua akan menyukai lagu Raya pertama kami ini yang juga memberi penghormatan kepada rentak joget.

“Saya sengaja menampilkan unsur joget dalam lagu ini dan memberi sedikit nafas baharu supaya ia bakal lebih diminati dan dihargai, khasnya di laman media sosial seperti TikTok,” katanya.

Lagu ‘Ketipak Ketipung Raya’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 Oct 2021
Trending Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Thu, 28 Mar 2019

台湾超级综艺组合! 8月登上云顶开唱

台湾综艺天王「宪哥」吴宗宪今年将携手众综艺主持好友,于8月3日再登云顶云星剧场舞台!

Hiburan Thu, 26 Sep 2019
Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Pasangan Selebriti Terkenal Indonesia Bertunang Esok!

Mahu lebih ‘intim’ jadi hanya yang terdekat sahaja bakal berada di sana.

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Kisah Viral Mon, 17 Jul 2023
Hiburan Sat, 12 May 2018

《娱协30》十大原创(国际组)彭学斌4奖成音乐人大赢家

《娱协30》十大原创歌曲奖(国际组)得奖名单中,彭学斌一口气以他词曲创作的范玮琪、梁静茹《最好的安排》、自己作曲的杨丞琳《其实我们值得幸福》、张智成《瘀青》及梁静茹《秘果》拿下4奖,率先成为十大原创歌曲奖(国际组)音乐人大赢家。