Khai Bahar Pegang Mikrofon Terbalik, Aksi Spontan Nabil Menggeletek

Program sensasi yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa merupakan antara program yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Selain artis-artis jemputan, keletah Nabil juga menjadikan program tersebut menjadi tarikkan penonton di setiap minggu
Dalam episod terbaru yang disiarkan Khai Bahar yang menjadi artis jemputan untuk segmen terakhir program itu telah memegang mikrofon secara terbalik sebelum memulakan nyanyian ketika membuat persembahan sebelum program itu tamat.

Nabil yang perasan dengan kejadian tersebut, telah cuba ‘menyelamatkan’ Khai Bahar yang malu dengan kesilapan tersebut. Aksi itu telah berjaya menggeletek hati penonton disitu dan menjadi perbualan peminat program itu.

Sebaik tersedar dengan kejadian itu, Khai hanya mampu ketawa namun aksi spontan Nabil yang datang memeluknya mengundang gelak ketawa penonton.

Peminat Khai Bahar juga meminta agar dia tidak terlalu memikirkan kesilapan tersebut kerana semua boleh berlaku diluar jangkaan kita ketika siaran langsung.

Melalui Instagram Story, Khai Bahar sempat memuat naik video untuk meminta maaf atas kekhilafan itu, sebaik selesai program tersebut.
SGMS Enal