Khusyuk Buat ‘Skincare Review’, Anak Adira Suhaimi Selamba Muncul Ingatkan Tentang Mati – “Insaf Terus”

Penyanyi Adira Suhaimi sekali lagi berkongsi gelagat licik anak perempuannya, Anggerik yang mengganggunya ketika membuat ‘skincare review’.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Adira menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Adira yang pada awalnya ingin mengulas tentang produk kecantikan itu terkedu apabila anak perempuannya secara spontan tampil mengingatkannya tentang kematian.

“Orang kaya mati. Orang miskin mati. Raja-raja mati. Orang biasa mati, Orang artis mati. Semua orang mati,” katanya.

Tergamam dengan peringatan anaknya itu, Adira terus membatalkan hasratnya untuk mempromosikan produk kecantikan yang dimilikinya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat spontan anak penyanyi itu.

@adira.suhaimi #fyp @Skinelle HQ ♬ original sound – adira.suhaimi

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih 349, 400 tontonan dan 21,600 tanda suka.Penyanyi Adira Suhaimi sekali lagi berkongsi gelagat licik anak perempuannya, Anggerik yang mengganggunya ketika membuat ‘skincare review’.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Adira menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Adira yang pada awalnya ingin mengulas tentang produk kecantikan itu terkedu apabila anak perempuannya secara spontan tampil mengingatkannya tentang kematian.

“Orang kaya mati. Orang miskin mati. Raja-raja mati. Orang biasa mati, Orang artis mati. Semua orang mati,” katanya.

Tergamam dengan peringatan anaknya itu, Adira terus membatalkan hasratnya untuk mempromosikan produk kecantikan yang dimilikinya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat spontan anak penyanyi itu.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih 349, 400 tontonan dan 21,600 tanda suka.

Fatin Nurain