Categories: HiburanSelebriti

KILAFAIRY TAMPIL MENGGODA DALAM PUT THE WORD IN

Tahniah Kilafairy!

Akhirnya Kilafairy tampil dengan single terbarunya berjudul Put The Word In yang baru sahaja dilancarkan. Menurut Kilafairy atau lebih senang dipanggil Kila, walaupun single ini baru sahaja dilancarkan namun ia sudah menembusi pasaran antarabangsa.

Lagu comeback yang mempertaruhkan lagu duet bersama rapper Dj Aku Ash dan Sean Kingston ini semestinya mempunyai aura yang tersendiri. Wow!

 

Kilafairy bersama krew Put The Word In

Lagu yang telah disusun oleh DJ Aku Ash dan lirik ditulis Bryan B, Dj Aku Ash dan Kennya Hughes ini sememangnya sesuai dengan Kila. Malah, sesiapa sahaja yang baru mendengar lagu Put The Word In sudah semestinya akan mengakui bahawa lagu tersebut akan mempunyai peminatnya tersendiri.

Aksi swag Kila semasa menyanyikan single terbarunya

Gaya menggoda Kilafairy begitu memukau penonton yang hadir

 

Pada majlis pelancaran itu juga, apa yang menarik perhatian ialah Kila dilihat semakin cantik dan kelihatan begitu swag! Kila juga turut menghiburkan para wartawan dan peminat dengan menyanyikan single terbarunya itu dengan gaya yang cukup menggoda.

Salma Syahbuddin