King Coco Pertahan Peniaga Barangan Fake?

Dah lama kita tak dengar tentang Instafamous King Coco yang viral kerana slang percakapannya.

Baru- baru ini, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail telah memuatnaik di Instastorynya berkenaan isu barangan palsu.

Iyalah, ramai tahu King Coco antara Instafamous yang menerima paid review daripada peniaga untuk mengiklankan produk mereka.

Bercakap tentang barangan fake atau palsu, sebuah laman Instagram diwujudkan baru-baru ini yang memperlihatkan beberapa selebriti menggunakan tas tangan, kasut dan baju dari jenama tidak original. Dari situ, rata-rata netizen telah mengkritik individu menggunakan produk palsu (seolah-olah mereka menunjukkan sokongan terhadap barangan palsu).

Bagi King Coco, niatnya untuk membantu rakan-rakan yang berdepan dengan masalah pemasaran.

Kata King Coco lagi, dia tiada masalah untuk mengiklankan produk fake di media sosialnya memandangkan mahu membantu para peniaga di luar sana.

Malah, King Coco menerima segala barangan dengan hati yang terbuka. No problem katanya!

Mengikut King Coco sendiri, dia tidak kisah untuk menjual sesuatu produk sama ada ia original atau sebaliknya. 

Terpulang pada individu itu sama ada mahu pakai barangan original atau fake, senang cerita…Ukur Baju Di Badan Sendiri. Jika mampu, why not? 

SGMS Faida