Featured By: Salma Syahbuddin February 22, 2024 @ 6:46pm

Kini Bergelar Datin, Atikah Suhaime Enggan Goyang Kaki – “Apapun Gelaran Saya Tetap Mahu Jadi Wanita Bekerjaya”

Pelakon Atikah Suhaime berkongsi rasa teruja apabila dia kini bergelar isteri kepada usahawan yang juga Pengarah Eksekutif produk Zaitun, Datuk Lokman Teh.

Menurutnya, selepas berkahwin dia berasa lebih selamat kerana sedar suami akan sentiasa berada disisinya.

“Happily ever after, gembira… cepatlah kahwin semua.

“Bila dan kahwin kita akan rasa kita dah ada tanggungjawab dan mahu berikan yang terbaik untuk partner kita. Selain tu saya rasa selamat sebab saya tahu my husband akan sentiasa ada untuk saya,” katanya.

Perkara itu dikongsi Atikah menerusi temu bual bersama portal hiburan yang dimuat naik di platform TikTok baru-baru ini.

@nona.my Lebih kurang 2 minggu mendirikan rumahtangga bersama Datuk Lokman Teh sekitar Januari lalu, Datin Atikah Suhaime sendiri kini ligat mengusaha dan memajukan empayar bisnes keluarga suami, iaitu produk perapian diri legenda @zaitun.official, apatah lagi dilihat cukup aktif meniaga dan berceloteh di aplikasi Tik Tok serta tidak segan berkongsi manfaat produk keluaran jenama tersebut, walaupun dirinya kini sudah bergelar Datin. Jom kita bersama pelakon Atikah Suhaime. #majalahnona #atikahsuhaime #zaitun #WomenOfTikTok ♬ Romantic Piano Song – Aditya Cipta Gumilar

 

Ketika ditanya mengenai status gelaran datin, Atikah bagaimanapun menegaskan itu bukanlah tiket untuknya ‘goyang kaki’.

“Mula-mula saya rasa memang nak jadi datin-datin duduk dekat rumah tapi saya rasa saya tak boleh. Sebab, saya jenis yang sentaisa nak bekerja even before saya berjumpa dengan suami saya.

“Bagi saya apapun gelaran, semua wanita boleh berjaya. Tidak kisahlah kerja apa pun. Wanita boleh jadi successful housewives, ahli perniagaan dan boleh menjadi successful mum. Tapi kalau saya, saya pilih bekerjaya,”ulasnya.

Terdahulu, Atikah dan Datuk Lokman Teh disatukan dalam sebuah majlis  perkahwinan tertutup di sebuah lokasi di ibu negara dengan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta teman rapat.

Manakala, pada majlis berkenaan, Atikah menerima mas kahwin sebanyak RM300,  namun wang hantaran dirahsiakan.

ARTIKEL BERKAITAN:Genap 3 Hari Bergelar Isteri, Atikah Suhaimie Luah Rasa Teruja – “Macam Tak Percaya, Ingatkan Mimpi”

ARTIKEL BERKAITAN:Atikah Suhaime Sah Bergelar Isteri Kepada CEO

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Dec 2023
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Farid Kamil Bawa Pistol Ke Lokasi, Betul Ke?

Pengarah drama, Shuhaimi Lua mendedahkan Farid bukan sahaja menampar pelakon senior, malah beliau juga turut membawa pistol ke lokasi.

Hiburan Sun, 29 Jul 2018

伍家辉首制音乐节目差搞砸!傅健颖不惜把新专辑押后

伍家辉首次制作音乐节目《调啤音乐人》差点搞砸!而制作人兼主持人之一的傅健颖不惜为节目把新专辑押后。

Featured Wed, 12 Oct 2022
Hiburan Thu, 11 May 2023

Dikecam Netizen Pakai Crop Top Wanita, DC Willie Tampil Beri Penjelasan

Penyanyi rap baharu, DC Willie dikecam netizen kerana membuat persembahan dengan mengenakan pakaian wanita jenis ‘crop top’, baru-baru ini. Pakaian tersebut meraih perhatian netizen yang memberitahu ia tidak sesuai dipakai oleh lelaki, apatah lagi seorang […]

Featured Mon, 25 Jun 2018

Mix & Match Koleksi ALDO Untuk Mirip Gaya Selebriti

Dengan barangan ALDO, anda boleh bergaya persis selebriti kesayangan anda.

Featured Sat, 25 Sep 2021