Kini Tampil Berhijab, Intan ladyana Jaga Batas Dalam Lakonan

Aktres terkenal, Intan Ladyana mempelajari banyak perkara baharu selepas bergelar ibu kepada seorang cahaya mata.

Intan yang juga isteri kepada pelakon Harris Alif itu turut memberitahu segalanya dalam keadaan baik setelah mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

“Alhamdulillah, baik-baik sahaja, selama tahun 2022, banyak benda baru untuk saya dari awal tahun sejak ada bayi dan saya memilih untuk berhijab.

“Banyak benda yang saya belajar walaupun selama ini saya ingat saya dah tahu, setiap hari pasti ada benda baru yang saya belajar. Semuanya baik-baik belaka,” katanya.

Disoal mengenai penghijrahannya untuk tampil berhijab, pelakon drama Puteri Reunion itu berkata, dia kini perlu menjadi seorang yang memilih dalam mengambil apa-apa tawaran lakonan.

“Untuk tawaran berlakon tiada masalah sebab kebanyakkan sekarang ramai artis wanita yang sudah berhijab. Memang banyak juga watak yang ditawarkan kepada artis yang berhijab.

“Sudah tentu saya bersifat selektif, sebab dengan penampilan dan status saya sebagai seorang ibu dan isteri mesti ada batasannya,” jelas Intan.

Sekitar Oktober lalu, nama Intan menjadi bualan ramai apabila tampil mengenakan hijab namun tidak berkongsi tentang penghijrahannya itu kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan Berhijab Jadi Tumpuan, Netizen Doakan Intan Ladyana Istiqamah

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Evie Khadeeja.

Sumber: Melodi TV3

Khairil Khusyairi