Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 18, 2023 @ 3:12pm

“Kita Tak Boleh Makan Dalam Kuantiti Banyak, Tapi…” – Alyah Kongsi Kelebihan Pembedahan Bariatrik 

Penyanyi Datin Alyah menepis dakwaan dia beriya menguruskan berat badan dengan melakukan pembedahan bariatrik gara-gara mahu menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

Menurut laporan Utusan Malaysia, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, dia menyerahkan soal zuriat kepada Yang Maha Esa

“Mengenai soal zuriat, saya serah pada Allah SWT sebab Dia adalah sebaik-baik perancang. Saya tahu jawapan itu klise.

“Tapi, memang kita hanya akan dapat jawapan apabila kita serahkan segalanya pada Dia dan secara tidak langsung bebanan kita juga akan hilang.

“Itu juga yang saya belajar daripada orang bijak pandai dalam bidang agama bahawa cara kita menolong diri kita dalam setiap keputusan adalah meminta daripadaNya,” katanya.

Jelas pelantun lagu Cinta Sahabiyah ini, pembedahan bariatrik itu dilakukan kerana dia mengalami gastrik yang teruk.

“Saya membuat pembedahan ini kerana penyakit gastrik dan juga pertambahan berat badan yang saya alami sehingga mengganggu saya untuk membuat persembahan.

“Saya dah cuba ambil ubat kurus, dah cuba diet, senaman pun dah buat. Ubat kurus yang saya makan membuatkan saya jadi loya. Saya juga masuk hospital sebab badan saya dipenuhi air.

“Bila bersenam, kaki saya selalu mengalami kecederaan. Sebab, kaki saya ni lebih kecil dari bahagian atas. Bila diet, saya dapat gastrik teruk,” katanya.

Kongsi isteri kepada maestro muzik ternama, Datuk Ramli MS ini lagi, pembedahan bariatrik juga berupaya menghilangkan gastrik yang dialaminya.

“Dulu saya tak boleh makan cendawan dan pucuk manis. Sekarang ini, saya dah boleh makan apa sahaja yang saya mahukan. Tapi, pembedahan bariatrik juga ada kekurangannya sebab ia ciptaan manusia.

“Kita tidak boleh makan dalam kuantiti terlalu banyak. Tetapi perlu kerap makan. Jadi, saya selalu bawa apa sahaja makanan untuk pastikan saya makan.

“Saya tahu ada orang buat bariatrik untuk jadi kurus kerana ingin cantik. Tapi apa yang penting bagi saya adalah sihat kerana itu yang kita mahukan. Yang kedua, barulah perkara lain,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Pernah Sembunyi Jalani Pembedahan Bariatrik, Aishah & Alyah Lakukan Demi Kesihatan… Sokong Kempen Lose To Win

ARTIKEL BERKAITAN: Fizikal Sering Dikecam Terlalu Kurus & Nampak Tua, Alyah Tempelak Netizen! – “Badan Saya Hak Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Alyah Tampil Mohon Maaf Susulan Kenyataan Dikatakan Hina Golongan Peneroka Kelapa Sawit & Kebun Getah

ARTIKEL BERKAITAN: Usia Perkahwinan Bersama Ramli MS Cecah 10 Tahun, Alyah Serah Soal Zuriat Pada Tuhan – “Tipulah Kalau Tak Putus Asa”

Sumber: Utusan Malaysia 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 May 2023
Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Malaysia Tiada Dalam Senarai Siri Jelajah Konsert Backstreet Boys?

Macam-macam artis antarabangsa yang datang buat konsert kat Malaysia, tapi kenapa tidak BSB?

Hiburan Thu, 20 Apr 2023

Atu Zero & Danial Zaini Tampil Dengan Lagu ‘Jom Beraya’

Wahhh ada lagu baru daripada Atu & Danial

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

台马音乐人交流会!830郑宜农、大象体操和查劳来马献唱

继2018年第一届《台马音乐人交流会》完美收官,获得热量回响后,第二届再次归来,再次邀请台湾和马来西亚音乐人相聚交流。

Hiburan Tue, 23 Aug 2022

“Dulu 80 Biji Cili Pun Boleh” – Kotak Suara Nabila Razali Belum Sembuh

Semoga Nabila cepat sembuh dan boleh kembali menyanyi sepenuhnya.

error: Content is protected !!