Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 13, 2023 @ 3:47pm

Tak Pernah Sembunyi Jalani Pembedahan Bariatrik, Aishah & Alyah Lakukan Demi Kesihatan… Sokong Kempen Lose To Win

Dua penyanyi bersuara lunak, Datuk Aishah dan Datin Alyah yang telah menjalani pembedahan bariatrik mempunyai alasan tersendiri untuk melakukan prosedur terbabit.

Baik Aishah mahu pun Alyah, mereka tidak pernah menyembunyikan hal itu dan fokus utama dua penyanyi itu melakukan keputusan terbabit adalah untuk kesihatan masing-masing.

Menurut Aishah yang kehilangan 50 kilogram (kg) selepas pembedahan, dia membulatkan tekad untuk melakukan pembedahan itu kerana berat badannya berlebihan dan melebihi tahap obesiti.

“Saya daripada keluarga yang ada sejarah penyakit berbahaya. Mereka meninggal dunia kerana komplikasi yang dihadapi.

“Jadi, saya perlu lakukan sesuatu untuk terus sihat dan selepas berbincang dengan doktor kaedah bariatrik ialah yang terbaik. Syukur Alhamdulillah, selepas menjalani pembedahan sehingga ke hari ini, saya sudah hilang 50 kg.

“Saya juga boleh menyanyi dengan baik. Pernafasan juga lebih selesa dan lebih mudah untuk bergerak,” kata Aishah.

Dalam pada itu, Alyah turut bersetuju dengan Aishah kerana dia juga memilih kaedah itu demi kesihatan.

Menurut pelantun lagu Kisah Hati ini, selepas beberapa usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah gastrik tidak berjaya, dia mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan terbabit.

“Saya lakukan pembedahan ini untuk kesihatan kerana saya mengalami masalah gastrik yang teruk. Alhamdulillah, selepas pembedahan, masalah gastrik serius yang saya hadapi selesai.

“Kini, berat badan saya kembali seperti berat badan ketika di zaman anak dara iaitu sekitar 47 kg. Saya bersyukur segala masalah kesihatan telah selesai,” katanya.

Aishah dan Alyah berkongsi perjalanan mereka menjalani program pengurusan berat badan bawah pemantauan pakar dalam bidang saluran gastro usus atas (upper gastrointestinal) dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher dari Pusat Perubatan Gastro Usus dan Hati (CENGILD).

Dua penyanyi hebat itu ditemui pada pelancaran kempen Lose to Win anjuran Persatuan Sukan, Rekreasi dan Kesihatan Kuala Lumpur (Su.Re Sihat KL) bagi memerangi obesiti di Malaysia di ibu kota, baru-baru ini.

Menurut Presiden Su.Re Sihat KL, Shameem Akhtar Mohd Ashraf, obesiti kini menyerang semua golongan di Malaysia.

“Kini, obesiti bukan lagi dilabel sebagai penyakit negara dan isi rumah berpendapatan tinggi malah turut membelenggu masyarakat B40 serta golongan asnaf.

“Kami akan bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi bagi kempen ini untuk mengumpul dana supaya 20 individu berpendapatan rendah yang terpilih dapat menjalani program pengurusan obesiti yang menyeluruh.

“Ia termasuklah prosedur kesihatan, pelan nutrisi, senaman dan lain-lain. Kami juga berharap apabila kempen ini dapat diteruskan dengan penyertaan rakan kongsi korporat, lebih ramai individu menghidapi obesiti dapat menikmati program pengurusan obesiti ini secara percuma,” katanya.

Program prosedur kesihatan tersebut termasukan pembedahan bariatric yang akan dilaksanakan Dr Mustafa.

Pemilihan calon-calon untuk Kempen ‘Lose to Win’ Su.Re Sihat KL ini akan disaring daripada pencalonan yang dihantar oleh komuniti tempatan dalam kawasan Lembah Klang.

Pesakit obes dengan Index Jisim Tubuh 35 ke atas akan diberikan keutamaan selepas lulus ujian klinikal untuk memastikan mereka sesuai untuk menjalani pembedahan bariatrik. Pesakit diabetes jenis 2, darah tinggi dan gangguan tidur (sleep apnea) juga boleh menjalani prosedur itu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 May 2024
Featured Sun, 8 Dec 2024

Taeyang Curi Perhatian Sheila Majid, Pukau Penonton Dengan Nyanyian ‘Antara Seoul & Malaysia’ Di Konsert The Light Year 2024

video nyanyian Taeyang itu juga menjadi antara sohor kini di platform X sejak ia dimuat naik pada Sabtu.

Hiburan Sat, 18 Jan 2025
Contest Wed, 16 May 2018

#xtra好康头 | 送你《娱协30》颁奖典礼入门票

[xtra好康头] 配合《娱协30》颁奖典礼将于2018年5月26日(星期六),晚上7时,在Sunway Pyramid Convention Center举行,xtra将送你入门票,赴一场属于本地的中文音乐盛宴。

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Bront Palarae Bakal Pindah Ke Jakarta?

Bront memberitahu, dirinya enggan membuat keputusan terburu-buru memandangkan banyak perkara perlu difikirkan sebelum melebarkan sayap ke Jakarta.

Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Tue, 15 Jul 2025

“Ammar Ahyan Tu, Ya Allah ‘Brilliant’! – Nabil Ahmad Puji Cara Aliff Syukri & Shahida Didik Anak

Nabil menganggap dikurniakan anak dengan peribadi terbaik adalah rezeki yang tidak ternilai.

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
error: Content is protected !!