Hiburan By: Fatin Nurain May 21, 2023 @ 5:29pm

Kolaborasi Bersama Pelajar Sekolah Seri Puteri Berjaya, Anuar Zain Puas Hati – “Kita Perlukan Pelapis Muzik Yang Baru”

Penyanyi Anuar Zain tampil meluahkan rasa puas hati dapat berkolaborasi bersama pelajar Sekolah Seri Puteri dalam Flourishes Seri Puteri Symphonic Winds Royal Concert yang diadakan di Istana Budaya, semalam.

Menurut Anuar, dia tidak sangka konsert tersebut menerima sambutan yang luar biasa dari penonton yang memenuhi dewan berprestij itu.

“Sebab kenapa saya terima kolaborasi ini kerana kita memerlukan pelapis yang baru. Kita sudah ada banyak yang lama, jadi kita perlukan yang baru dengan keadaan sekarang ni mungkin tak berapa ramai yang berminat.

“Sekarang kebanyakannya suka bermain telefon bimbit. Jadi saya tak berapa nampak sangat anak-anak muda kita ni terlalu berminat untuk bermain muzik.

“Mungkin dengar lagu mereka suka. Tapi untuk bermain muzik itu tak nampak. Bila saya dengar tentang anak-anak Seri Puteri, saya cukup-cukup terkejut dan pada saya sangat amazing sebab kita tak nampak ada orang baru yang ada minat tu.

“Setiap kali saya perform dengan mereka yang sebaya dengan saya, pelapis tu tak ramai. Jadi bila saya dapat tahu tentang mereka saya rasa saya perlu beri sokongan kepada mereka. Bayangkan ada di antara mereka yang ada pengalaman kurang dari setahun sahaja,” katanya.

Kagum dengan bakat yang diperolehi kumpulan itu, pelantun lagu Sedetik Lebih itu juga meluahkan rasa bersyukur dapat menjayakan persembahan bersama mereka dengan baik.

Malah, dia turut menyatakan persembahan tersebut juga memberikan inspirasi kepadanya untuk mengadakan konsert okestra secara solo yang berskala besar suatu hari nanti.

“Saya berharap kita dapat memberikan inspirasi kepada satu sama lain. Saya bersyukur dan bertuah ada sekumpulan anak muda yang ada bakat besar seperti ini bukan sahaja dari segi muzik, yang penting pelajaran mereka.

“Hampir setiap penyanyi ingin sebuah konsert berskala besar dalam okestra. Semua orang mengimpikan benda tu kerana bila ramai pemuzik yang mengiringi kita perasaan tu akan lebih berbeza.

“Setiap instrumen itu ada pemainnya yang akan memberikan vibes mereka tersendiri di atas pentas menuju ke arah penonton dan membuatkan mereka meremang.

“Persembahan hari ini adalah sesuatu yang sebenarnya menjentik hati saya untuk work towards that. It is amazing,” jelasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022

[VIDEO] Daiyan Trisha Bergambar Dengan Chan Young Yoon, Netizen Luah Rasa Cemburu

Bestnya jadi Daiyan ni kan dah ramai selebriti terkenal dapat jumpa! 😍

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Anak Jutawan Tapi…

Bagus Harris…sikap begini yang harus kita contohi!

Trending Fri, 18 Dec 2020
Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Hiburan Wed, 12 Dec 2018

‘Sian Anak-Anak I’, Nora Danish Terkilan Sikap Netizen

Nama pelakon Bahagia Bukan Bidaan ini kembali hangat diperkatakan gara-gara sekeping gambar yang memperlihatkan sosok tubuhnya di dalam kamar mandi.

Contest Tue, 29 Oct 2019

#MentorMilenia2019 : Tiada Penyingkiran Berlaku Di Konsert Keempat Ini.

Jangan lupa saksikan battle pada konsert minggu kelima nanti ya!

Featured Mon, 5 Sep 2022

Terpaling Juara: “Kau Siapa Nak Sound-Sound Aku?” – Ifa Raziah Bidas Komen Guru Vokal

Wooo!! Panas bethol komen balas Ifa Raziah! Guru vokal tak guru vokal! 🔥🔥

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

“Tidak Terkesan Dengan Video Sindir Neelofa” – Fazura

Bagi Faz, beliau enggan mempedulikan isu tersebut dan menganggap andai sindiran itu berbentuk provokasi bertujuan untuk mengusik emosinya, beliau sama sekali tidak terkesan langsung