Kongsi Foto Berpakaian Sedondon Bersama Lelaki Atas Pelamin, Hidayah Abam Bertunang? Netizen Komen: “Sokong 200%! Awak Berhak”

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nur Hidayah mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik fotonya bersama individu lelaki menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Hidayah atau nama penuhnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali dan lelaki berkenaan kelihatan memakai pakaian sedondon berona biru putih sambil memegang sejambak bunga.

Bagaimanapun, foto berkenaan tidak mendedahkan siapakah gerangan lelaki tersebut memandangkan dia bergambar membelakangi kamera.

 

Teruja dan berasa gembira dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet menyokong tindakan Hidayah sekiranya berita pertunangan tersebut benar, apatah lagi sudah hampir 4 tahun arwah Abam meninggalkannya.

Terdahulu. Hidayah sebelum ini pernah memaklumkan,  dia belum bersedia untuk mencari pengganti suaminya setakat ini.

Menurutnya, dia kini sedang sibuk menguruskan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4, dan dua perniagaan yang dijalankannya sehingga tidak terfikir untuk mencari pengganti arwah.

“Sekarang saya memang busy sebab dah ada dua bisnes. Satu kedai makan dengan satu lagi produk kecantikan.

“Hamzah sekarang dah empat tahun dah sekolah dah. Bila kita tanya ayah mana? Dia akan cakap ayah dia dekat syurga.Dan saya memang 100 peratus dengan dia sebab kedai memang ada orang yang jaga dan saya memang lebihkan masa dekat rumah sahaja,” katanya.

Untuk rekod, Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lima tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:4 Tahun Menjanda, Hidayah Belum Terbuka Hati Nak Kahwin Lain – “Yang Mengusik-Usik Itu Ramai Tapi…”

Salma Syahbuddin