Kongsi Foto Cium Mulut, Ramai Lelaki ‘Makan Hati’ Dengan Elizabeth Tan

Nama Elizabeth Tan sering menjadi bualan netizen lebih-lebih lagi mengenai kehidupan peribadinya yang kini bergelar isteri.

Terbaharu, Elizabeth yang lebih mesra disapa Lizzy ada membuat perkongsian di laman Instagram dengan memuat naik foto bersama suaminya.

Namun, muat naik Lizzy itu mengundang kritikan warganet apabila salah satu foto yang dimuat naiknya itu memaparkan dia mencium bibir suaminya.

Difahamkan foto yang dimuat naik itu adalah foto pasca perkahwinannya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada individu yang kurang senang dengan perkongsian tersebut dengan mengatakan pelantun lagu Semua Sudah itu melampaui batas dan perlu menghormati sensitiviti negara ini.

“Kalau kita artis, tunjuklah teladan yang baik,” tulis seorang warganet.

Melihat pada rentetan komen-komen ditulis warganet, ternyata kebanyakannya golongan lelaki berasa kecewa dan patah hati dengan perkongsian Lizzy itu.

Lizzy mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim yang juga seorang ahli perniagaan pada 21 Mac 2021.

Sumber: Instagram elizabethtan

Khairil Khusyairi