[VIDEO] Digelar Pembawa Bala Oleh Netizen? Ini Respons Baby Shima

Penyanyi dangdut, Baby Shima tampil membalas komen netizen yang mempersoalkan tentang komennya yang telah dipadam.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Baby Shima memuatnaik tangkap layar mesej netizen itu dengan menyifatkan penyanyi itu sebagai pembawa bala.

“Baby Shima kenapa delete komen, koyak ke? Kau wanita pembawa bala. Aku yakin tempat kau neraka buat selama-lamanya si*l,” tulis netizen itu.

Di dalam video itu, Baby Shima menyatakan sebab dia memadam komen individu tersebut kerana tidak memerlukan komen-komen negatif diruangan komen media sosial miliknya.

“Kita delete komen awak bukan apa, sebab ruangan komen kita tak perlukan awak,” balasnya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen berharap agar Baby Shima bersabar dan berpendapat bahawa tiada manusia yang layak untuk menghakimi seseorang masuk syurga atau neraka melainkan Allah.

“Sabar kak shima.

“Dah kenapa komen macam takde akal fikiran.

“Tiada seorang pun yang boleh tentukan dirinya masuk syurga kecuali dengan keredhaan ALLAH Sahaja.. Dan kasih sayangnya…,” komen netizen.

Maya Basir