Kongsi Foto Kesan Cakaran Di Leher, Netizen Nasihat Mas Khan Jumpa Pakar Rawatan Islam – “Hati-Hati Jangan Suka Tunjuk Duit”

Baru-baru ini, pelakon Mas Khan memuat naik sekeping foto di Instagram Stories (IGS) memperlihatkan bahagian lehernya terdapat kesan cakaran.

Menerusi perkongsian tersebut, Mas Khan meminta pendapat warganet mengenai kesan cakaran tersebut dan memohon maaf kerana tidak dapat membalas kiriman mesej (DM) ratusan orang.

“Jom kita tengok pendapat dan pandangan orang… sorry tak dapat nak balas DM, berates orang DM thank you so much guys really appreciate it.

“Doakan saya Insha Allah… apa-apa pun Allah ada,” tulisnya.

 

Susulan itu, Mas Khan dilihat turut berkongsi beberapa tangkap layar kiriman yang diterima olehnya.

Rata-rata menyatakan bahawa kesan cakaran yang dimilikinya itu mempunyai kaitan dengan sihir.

Malah, ramai yang menasihatinya untuk pergi mendapatkan rawatan Islam bagi mengelakkan perkara ini menjadi lebih teruk.

 

Bukan itu sahaja, ada segelintir meminta pelakon itu untuk tidak menayangkan kemewahan yang dimiliki supaya tidak ada yang iri hati dengan kejayaannya.

 

Lagi, Mas Khan membuat perkongsian yang memperlihatkan ada individu memberinya tips untuk membaca surah-surah tertentu bagi mengelakkan gangguan sihir.

Atiqah Johari