Pelawak Shuib merupakan salah seorang selebriti yang terkenal dengan sifat rendah diri.
Walaupun dikurniakan bakat melawak cemerlang dan dikelilingi keluarga bahagia, ia tidak pernah membuatkan Shuib lupa akan asal usulnya.
Menerusi laman Instagramnya, Shuib berkongsi sebuah rumah papan yang mana merupakan lokasi dia dibesarkan sejak usia lapan bulan lagi.
“ Dari umur 8 bulan sampai umur 17 tahun, ini lah rumah saya dibesarkan. Air amik tiap-tiap petang pakai baldi,mandi dekat parit,toilet luar rumah,tido pakai kelambu,lampu pakai pelita,motor takda yang ada cuma basikal.
“ Belanja sekolah 50 sen, Sabtu Ahad tangkap belut buat tambah duit sekolah. Tapi inilah rumah yang mengajar saya erti hidup sebenar,” ujarnya.
Penyampai radio Hot FM ini juga berkongsi pesan agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan menghargai setiap apa yang ada.
“ Semoga anak-anak dan isteri menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan apa saja ketentuan Allah. Bersedia dgn setiap ujian Allah, susah juga ujian,senang juga ujian,” ujarnya.
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅