Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 30, 2022 @ 3:55pm

Kongsi ‘Kehilangan’ Adik Di Media Sosial, Neelofa Dedah Ameera Khan Sedang Jalani…

Usahawan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 33,  tampil mengulas mengenai ‘kehilangan’ adiknya yang juga seorang pempengaruh media sosial, Ameera Khan baru-baru ini.

Menurut Neelofa, Ameera kini sedang menjalani kehidupan normal sebagai seorang remaja.

Malah, ketika lawatannya baru-baru ini ke rumah ibu bapanya, Ameera ada memaklumkan dia kini masih keluar bersama rakan-rakan dan menjalani aktiviti dan sebaginya.

“Beberapa hari lalu saya ada melawat ibu bapa dan kemudian jumpa Ameera. Saya ada tanya dia keluar ke tidak… Tapi dia kata, dia keluar je cuma saya tidak tahu sebab dia dah tak ada akaun Instagram.

“Dan boleh dikatakan hari-hari dia keluar dengan kawan-kawan, lakukan aktiviti dan sebagainya.

“Cuma nak terangkan secara berlebihan mengenai apa yang terjadi, saya rasa tak wajar,” katanya.

Tegasnya lagi, sebagai seorang kakak kepada seorang remaja yang semakin meningkat dewasa, dia perlu menghormati segala keputusan adiknya itu.

Bahkan, sebelum ini juga Neelofa ada memaklumkan yang Ameera kini sedang berehat untuk mencari haluan dirinya.

“Dia ada cakap nak berehat sekejap. Sebab dia ada terima banyak tawaran fesyen dari luar negara, dalam Malaysia pun tak henti-henti orang nak dia. Dia macam hanyut dalam gelombang tu.

“Tak sempat dia nak bernafas dan tengok balik yang mana okay, mana yang tak. Dia pula baru dalam proses nak belajar agama dan ada yang bercanggah, so dia nak bertenang dan ‘take a step back’,” jelasnya.

Terdahulu, Ameera mengambil keputusan untuk memadam akaun Instagramnya selepas pelbagai kecaman dilemparkan termasuklah isu pemakaian tudung secara on-off dan juga cara pemakaian serta fesyen tudung yang digayakannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Fri, 15 Sep 2023
Hiburan Sat, 13 Dec 2025

Rezeki Tidak Disangka! Ernie Zakri Curi Perhatian Tampil Ringkas Terima Trofi Bintang Paling Popular ABPBH37, Ini Penjelasan Empunya Badan

Ernie Zakri bergegas kembali semula ke lokasi acara ABPBH37, terpaksa berlari akibat jalan sesak

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

‘Kami ‘Okay’ Je…’- Fitri Haris

Hubungan kami berdasarkan profesional, itu saja…

Hiburan Thu, 14 May 2026

Filem Polong Jadi Detik Bermakna Buat Mimi Lana, Teruja Dapat Bergandingan Dengan Nadiya Nisaa – “Saya Adore Sangat Dengan Dia”

Mimi mengakui dia sudah lama meminati lakonan Nadiya sehingga pernah menangis ketika menonton drama lakonan aktres itu

Featured Mon, 19 Mar 2018

Pilih Tarikh Kelahiran Nabi Muhammad, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Puteri Sulung. Tahniah!

Tanggal 19 March 2018 menjadi detik bahagia buat penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila beliau selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

error: Content is protected !!