Hiburan By: Fatin Nurain May 19, 2023 @ 12:48pm

Kongsi Momen Beri Penghargaan Kepada Bekas Guru, Hazeman Huzir Sentuh Hati Ramai

Pengacara Hazeman Huzir tampil berkongsi momen dirinya memberi penghargaan kepada bekas gurunya yang dipanggil Sir Putra sempena sambutan Hari Guru, baru-baru ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Hazeman atau Haze menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Haze yang berkunjung ke sekolahnya, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya turut mengimbau momen perit ketika menuntut ilmu di sana.

Menurut Haze, Sir Putra itulah yang banyak membantunya agar terus bangkit daripada dibuli oleh segelintir pelajar ketika di sekolah.

“Inilah cikgu yang telah ubah hidup aku. Sebelum aku bergelar pengacara content creator dan pempengaruh, 20 tahun lalu aku adalah seorang remaja yang jiwanya telah mati. Aku tak pandai macam kawan-kawan lain.

“Malah, kerana aku berperwatakan lembutorang yang jauh lebih dewasa dan sepatutnya matang pada waktu itu pun melihat aku seperti daging busuk bernyawa.

“Fikir sendiri apa impaknya pada kesihatan mental aku sebagai budak berusia 13 tahun. Erti kata lain, mujur aku masih lagi hidup hari ini,” katanya.

Selain itu, Haze turut menyatakan gurunya itulah yang memperkenalkannya ke bidang seni dan berjaya sehingga kini.

“Pada 2003, Tuhan temukan aku dengan seorang guru yang namanya Sir Putra yang telah membentuk sebuah kumpulan teater untuk aku dan kawan-kawan berkarya.

“Dari teater itulah jadi ruang selamat aku untuk lari dari masalah dunia. Ruang selamat dari dunia yang jahat kerana Sir Putra lah benih awal keberanian dan kreativiti aku disemai.

“Yang telah menghidupkan sebuah jiwa seorang remaja yang telah mati. Yang hari ini remaja itu telah menjadi dewasa. Yang buat perkongsian kehidupan di media sosial. Yang buat anda ketawa di kaca tv. Yang jadi pejuang hak kemanusiaan di seluruh dunia,” jelasnya.

Malah, pengacara itu turut mencalonkan cikgunya dalam Anugerah Guru Inspirasi 2023 tajaan Mc’Donalds Malaysia sebagai penghargaan.

“Terima kasih Sir Putra. Tanpa Sir, saya hanyalah baja pepohon melur yang bernisan,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata pengikutnya turut meluahkan rasa tersentuh dengan perkongsian tersebut di ruangan komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 20 Aug 2019
Hiburan Wed, 15 May 2019

Biarlah Lambat Popular…

Biarlah lambat popular pun, asalkan saya masih tahu batas dan berusaha jaga aurat.

Hiburan Wed, 26 Oct 2022
Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Happy Birthday Ney Ney! Ini Ucapan Sweet Nora Danish Buat Anaknya

Selalu min pun terhibur bila Nora dan Bossned usik Ney Ney

Trending Tue, 28 Apr 2020
Trending Thu, 20 Feb 2020

[TERKINI] Bunga Citra Lestari Kembali Ziarah Pusara Suami Tercinta

Doa peminat buat BCL, Noah dan seluruh ahli keluarga

Featured Tue, 28 Feb 2023
Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Kenapa Panggil Aku Lembu, Dugong?

Pernah Jadi Mangsa Buli, Kesal Dulu Tak Pertahankan Diri