Kongsi Pentas Bersama Lagenda, Cassidy Anderson Macam Tak Percaya

Bagai bulan jatuh ke riba! Itu perumpamaan paling sesuai buat penyanyi kelahiran Australia, Cassidy Anderson yang bakal berkongsi pentas dengan dua lagenda tanah air, Datuk M. Nasir dan Datuk Jamal Abdillah, Disember ini.

Cassidy menyifatkan gandingannya bersama dua penyanyi terkenal itu sebagai mimpi jadi kenyataan.

“ Saya pernah beritahu ibu impian untuk beraksi di pentas gah ini ketika kami dalam grab melalui IB. Tak sangka mimpi saya akhirnya terlaksana.

“ Ibu antara penyokong kuat saya, sudah tentu dia sangat gembira dengan berita ini. Dia akan datang menyokong saya pada hari itu,” katanya yang bakal menyampaikan tiga buah lagu termasuk lagu duet bersama dua penyanyi lagenda tanah air itu.

Konsert Duo Legenda menggabungkan paduan suara Datuk M. Nasir dan Datuk Jamal Abdillah dengan penampilan Cassidy di Panggung Sari Istana Budaya bermula 20 hingga 23 Disember ini.

Konsert yang berdurasi selama dua jam itu bakal menyaksikan mereka membawa lapan lagu popular masing-masing.

Tiket menyaksikan konsert ini dijual daripada RM158 sehingga RM1,500. Ia boleh didapati dengan menghubungi 03-21706333.

SGMS Faida