Categories: FeaturedGaya Hidup

Apa Bezanya Cappuccino, Latte dan Mocha? Nampak Macam Sama Kan? Ini Jawapannya!

Kopi, bagi sesetengah penggemarnya beranggapan ia minuman pagi yang wajib untuk membuatkan kita bertenaga sekaligus mengelakkan rasa mengantuk di tempat kerja.

Sama seperti teh, terdapat puluhan jenis kopi dan sesetengahnya sukar dibezakan.

Bercakap mengenai kopi espresso, antara variasi minuman berasaskan jenis kopi ini bagi anda yang tidak mengetahuinya, adalah macchiato, latte, cappuccino dan mocha.

Kesemua jenis kopi yang disebutkan ini, ada kalanya membuatkan kita keliru dan teragak-agak untuk membuat pesanan di kaunter coffee shop.

Apa yang membuatkan minuman kopi ini berbeza antara satu sama lain dan apakah ciri-ciri yang membezakannya?

Perbezaannya terletak pada bancuhan bahan utamanya iaitu espresso dan susu. Termasuk bahan-bahan tambahan lain seperti koko, coklat, ais, gula dan vanilla.

Espresso adalah kopi yang dibancuh dengan sukatan kecil air hampir mendidih di bawah tekanan melalui biji kopi halus yang telah dikisar menggunakan mesin espresso.

Berikut adalah perbezaan di antara Cappuccino, Latte dan Mocha. Sukatan dibuat mengikut cawan kecil.

1. Cappuccino – 1/3 espresso, 1/3 susu stim, 1/3 buih susu

  • Rasa kopi espresso dikurangkan dengan tambahan susu. Ini menjadikan rasa kopi yang lebih lembut.

Foto: Merriam-Webster

2.  Latte – 1/6 espresso, 4/6 susu stim, 1/6 berbuih susu

  • Ini adalah minuman berasaskan susu dengan sedikit kopi.

Foto: Nespresso

3. Mocha – 2/5 espresso, 2/5 coklat, 1/5 susu stim

  • Kopi yang kuat dengan rasa coklat.

Foto: Delhi Live London

4.  Flat white – 1/3 espresso, 2/3 susu berbuih

  • Mirip dengan cappuccino, tetapi jenis kopi ini menggunakan susu yang kurang berbuih.

Foto: TVNZ

5.  Mocha latte – 1/8 espresso, 5/8 susu stim, 1/8 susu berbuih, 1/8 coklat panas

  • Latte dengan sedikit rasa coklat.

Foto: The Independent

6.  Mochaccino – 1/3 espresso, 1/3 susu stim, 1/3 susu fructhed, 1 sudu besar sirap coklat

  • Cappuccino dengan sedikit rasa coklat

Foto: Zozu.site

Sumber: Coffee Brewing Method

Yanie Baharom