Penulis Lagenda Marvel, Stan Lee Meninggal Dunia

Para peminat komik adiwira  pasti terkejut dan bersedih dengan berita ini. Penulis ratusan komik lagenda Marvel, Stan Lee meninggal dunia, hari ini.

Lee dilaporkan meninggal dunia pada usia 95 tahun di Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles. Lee diumumkan meninggal dunia di hospital tersebut.

Hal ini disahkan oleh anaknya sendiri, JC di mana beliau memberitahu bapanya mencintai semua penggemarnya. 

“ Dia adalah lelaki paling hebat dan paling baik,” ungkap anak perempuannya.

Portal hiburan TMZ melaporkan, tahap kesihatan Lee merosot akibat menderita beberapa penyakit termasuk pneumonia dan masalah penglihatan sejak setahun lalu.

Karier mendiang bermula pada tahun 1961 mencipta karakter fenomena seperti Captain Amerika, Spiderman, Hulk, Doctor Strange, Fantastic Four, Iron Man, Daredevil, Thor, X-men dan banyak lagi.

Lee yang lahir di New York City pada 28 Desember 1922 ini turut mengalami masalah pneumonia.

Hubungan Lee dengan Marvel pernah mengalami masalah apabila syarikat itu memperoleh kejayaan di Hollywood.

Beliau telah memfailkan saman pada 2002 atas isu royalti, yang tidak dibayar sewaktu kemunculan filem pertama ‘Spider-Man’.

Tiga tahun kemudian, kes itu selesai dengan membabitkan wang sejumlah AS$10 juta.

Stan Lee dinobat dalam industri buku komik Will Eisnet Award Hall of Fame pada tahun 1994 dan Jack Kirby Hall of Hall of Fame pada tahun 1995. Mendiang turut menerima National Medal of Arts pada tahun 2008.

SGMS Faida