Kongsi Perbualan Bersama Foto Report Polis Atas al-Quran, Warganet Kurang Senang Dengan Rakan Bapa Puteri Balqis

Selepas tularnya pendedahan ‘berani mati’ pelakon cilik, Puteri Balqis atau Aqish yang mendakwa bapanya melakukan perbuatan zalim dan jijik, tampil pula seorang individu yang menolak segala dakwaan tersebut.

Individu yang dikenali sebagai @KamalAzizKing menerusi ciapan di Twitter miliknya memaklumkan semua dakwaan yang telah dibuat dan disebarkan oleh Aqish dan ibunya itu adalah tidak tepat sama sekali.

Malah, individu yang mengakui dirinya mempunyai kaitan dengan bapa pelakon tersebut mendedahkan tangkap layar berupa perbualan WhatsApp antara dirinya dan bapa Aqish.

Menerusi perkongsian tangkap layar tersebut, dapat dilihat individu yang dikatakan bapa Aqish sempat berkongsi sehelai kertas didakwa laporan polis yang telah dibuatnya yang juga telah diletakkan atas senaskhah al-Quran.

Tidak habis disitu, individu terbabit berharap agar orang ramai tidak meletakkan kepercayaan seratus peratus terhadap dakwaan yang telah dibuat oleh Aqish.

Sementara itu, melihat kepada reaksi ciapan berkenaan, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang dengan perkara yang berlaku.

Mereka masih berharap agar kes ini disiasat oleh pihak polis tanpa ada sebarang anasir luar yang boleh menjejaskan siasatan.

Apatah lagi, netizen mendakwa keadaan semasa boleh membuatkan sesiapa sahaja boleh bersumpah dan mencipta ‘bukti’ baru untuk menutup kesalahan dan kepentingan diri sendiri termasuklah sanggup menggunakan agama.

Salma Syahbuddin