Featured By: Aqilah Paharuzi May 10, 2023 @ 7:50pm

Kongsi ‘Update’ Terkini Isu Saman Fitnah RM2.5 Juta Lima Sekawan, Siti Nordiana Kekal Profesional Terserempak Di Majlis Hiburan..

Penyanyi, Siti Nordiana tampil memberi perkembangan terkini berhubung kes saman fitnah berjumlah RM2.5 juta terhadap lima sekawan.

Memetik laporan mStar, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata kes tersebut dijangka akan bersambung pada November tahun depan.

“Apa yang saya boleh kongsikan sekarang ini masih menunggu tarikh perbicaraan seterusnya pada tahun depan (2024), sama ada bulan November atau Disember.

Tiga tahun cekal bersabar menunggu tarikh perbicaraan, pelantun lagi Memori Berkasih ini hanya mahu meneruskan kehidupannya seperti biasa.

“Walaupun agak lama, tapi saya tetap meneruskan kehidupan macam biasa, lakukan kerja seperti biasa juga. Saya tak ada fokus sangat dengan apa yang terjadi, apa pun kita tunggu 2024,” katanya.

Disoal sama ada ibu anak satu ini ada berhubung dengan lima sekawannya itu, Nana tidak menafikan ada terserempak di majlis hiburan.

“Saya tiada sebarang masalah.. Ada terserempak dengan mereka sebab iyelah, kami dalam industri yang sama tapi kami buat kerja profesional seperti biasa.

“Kalau mereka nak berhubung dengan saya, sebenarnya mereka perlu menghubungi peguam saya. Setakat ini mereka tiada menelefon saya, sebab memang itu proses dia kena melalui peguam,” katanya lagi.

Terdahulu, Nana memfailkan saman fitnah berjumlah RM2.5 juta terhadap lima sekawannya iaitu Syura, Lan Solo dab isterinya, Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Dec 2021

“Ni Kalau Mak Saya Tahu, Habislah Kedai Runcit Semua Habis Stok” – Wanita Ini Kongsi Cara Buat Pokok Subur Pakai Serbuk MSG

Siapa sangka, selain baja, kita juga boleh menggunakan serbuk monosodium glutamat (MSG) untuk menyuburkan tanaman. Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dengan nama @kakria memuat naik satu video menunjukkan dia sedang menabur serbuk MSG menggunakan sudu […]

Featured Sat, 28 May 2022

“Saya Tak Nak Jadi Budak-Budak…”- Ini Penjelasan Siti Nurhaliza Mengenai Isu Papan Iklan Digital

Sepatutnya bangga lah kan Siti wakil warga Malaysia dalam kempen EQUAL…

Hiburan Fri, 6 Jul 2018

Lagu “Police Entry” Tuju Untuk Lelaki Penipu?

Penyanyi ini pernah bercinta dengan seorang ahli perniagaan dan hubungan mereka putus di tengah jalan angkara orang ketiga.  

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Featured Wed, 25 Jul 2018
Hiburan Tue, 30 Apr 2024
Hiburan Tue, 5 Feb 2019

Hael Husaini Akui Lagu Di Matamu Kuat

Mungkin tahun ini, rezeki berpihak kepada Haram. Tahniah Hael dan Ezra Kong!

Hiburan Sun, 24 Dec 2023