Hiburan By: Padin September 6, 2023 @ 12:44pm

Nabila Huda Bawa Parade Hujan x Sore Dalam Konsert Senandung Malam 30 September Hadapan!

Ramai peminat kecewa tiket konsert kumpulan popular Indonesia, Payung Teduh bersama Efek Rumah Kaca di Zepp Kuala Lumpur licin dijual pada hari pertama jualan dibuka pada November tahun lalu

Justeru, berdasarkan sambutan hangat, penganjur, Neptunes Presents mengundang Payung Teduh kembali untuk mengadakan konsert, sekali gus memenuhi permintaan peminat.

Penganjurnya yang juga aktres popular, Nabila Huda berkata, apa yang menarik Payung Teduh dan Pusakata yang kini bergabung sebagai Parade Hujan itu akan berkongsi pentas dengan satu lagi kumpulan popular Indonesia, Sore.

“Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) bakal diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 30 September depan.

“Lokasi Mega Star Arena dipilih kerana ia mampu memuatkan kapasiti 5,000 penonton dengan sistem bunyi dan pencahayaan terbaik,” katanya.

Mengenai pemilihan dua kumpulan, kata Nabila, dia adalah peminat setia Payung Teduh dan Sore sejak 2012.

Payung Teduh dianggotai Comi Aziz Kariko selaku pemain bes, Alejandro Saksakame (dram) dan Ivan Penwyn (gitar), manakala Pusakata atau nama sebenarnya, Mohammad Istiqamah Djamad adalah bekas vokalis Payung Teduh.

Manakala, Sore pula dianggotai Ade Firza Paloh selaku vokalis dan gitar, Awan Garnida (bes/vokal) dan Bemby Gusti Pramudya (dram).

Nabila berkata, dua kumpulan itu mempunyai ramai pengikut di setiap kota di Indonesia yang mempunyai penduduk seramai 300 juta.

“Bukan saya sahaja, anak perempuan, Keisha Laila turut meminati dua kumpulan terbabit yang banyak mendendangkan lagu yang lebih santai.

“Mengikut kajian Spotify, Payung Teduh dan Sore mempunyai ramai peminat dan pendengar setia di Malaysia.

“Rangkaian lagu dendangan sangat dekat dengan peminat di Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Kata Nabila, Payung Teduh dan Sore sangat berbesar hati apabila dilamar Neptunes Presents untuk berkolaborasi dengan artis dan pemuzik tanah air bagi mengiringi persembahan pada konsert berkenaan.

“Kerjasama pemuzik Indonesia dan Malaysia dalam konsert ini bakal menyajikan satu persembahan hebat selari dengan konsep nusantara dibawakan oleh kedua-dua kumpulan,” katanya.

Mengulas mengenai persembahan, Nabila berkata, ia membabitkan penampilan tiga artis popular iaitu Noh Salleh, Ernie Zakri dan Atilia Haron sebagai penyanyi jemputan untuk menyemarakkan konsert berkenaan.

“Noh dan Atilia akan menjadi artis undangan Sore, manakala Ernie akan berduet dengan Payung Teduh.

“Payung Teduh dan Sore juga menjanjikan persembahan luar biasa dan ia juga kali pertama menyaksikan mereka berkongsi satu pentas.

“Mereka akan mengadakan persembahan selama 75 minit untuk setiap slot persembahan dengan rangkaian 18 lagu yang akan dipersembahkan pada malam itu,” katanya.

Payung Teduh popular dengan lagu seperti Akad dan Menuju Senja, manakala, Sore pula dengan lagu Pergi Tanpa Pesan, Setengah Lima dan Mata Berdebu.

Pada masa sama, Nabila berkata, Neptunes Presents berharap peminat Payung Teduh dan Sore dapat memberi sokongan padu untuk menikmati alunan muzik dan konsert yang menghiburkan itu.

“Kami berharap peminat akan memberi sokongan pada Senandung Malam – Payung Teduh X Sore kerana ia hanya diadakan satu malam sahaja kerana jadual padat kedua-dua kumpulan itu.

“Sebanyak 40 peratus tiket sudah terjual pada hari pertama penjualan sejak 25 Ogos lalu,” katanya.

Tiket Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) boleh didapati menerusi www.myticketempire.com.

Pembelian tiket secara ansuran juga ditawarkan melalui Atome untuk konsert berkenaan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Sep 2021
Hiburan Thu, 23 Nov 2017

MAROON 5 AND JIMMY FALLON SURPRISES SUBWAY COMMUTERS

Dressed like total hipsters, no one was able to tell that they were the celebrities themselves. But, Adam’s voice was certainly drawing commuters in.

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Hiburan Thu, 26 May 2022

Pengalaman Berdepan Kanser, Single Cinta Semalam Cerita Pengalaman Hidup Zul Ariff & Kamal Hamidi

Pengalaman berdepan dengan kanser menjadi ilham untuk duo Zul Ariff dan Kamal Hamidi tampil dengan single berjudul Cinta Semalam. Kini disahkan bebas kanser, Zul pernah menghidap kanser darah sekitar lima tahun lalu dan abangnya pula […]

Featured Thu, 12 May 2022

Noor Nabila Mohon Doakan Kebahagiaannya Bersama Engku Emran

Aidilfitri yang bermakna buat Noor Nabila