Kumpulan Estranged Kini Jual CD?

Jangan salah sangka, Kumpulan Estranged bukan jual CD tau!

Sebenanrnya Kumpulan Estranged memilih pendekatan yang agak berbeza daripada artis-artis lain apabila tampil dengan single terbaharu mereka berjudul Milik Ku. 

Menurut vokalis kumpulan ini, sekiranya single terbaharu mereka dikeluarkan menerusi Spotify dan Youtube, ianya tidak memberi pulangan yang setimpal dengan apa yang mereka hasilkan. 

“Kami hanya percayakan hasil melalui penjualan CD, malah melalui jualan fizikal ia akan memberi satu pengalaman yang lebih bersifat  peribadi. Ia berlainan kerana pembeli dapat memiliki sesuatu yang fizikal daripada digital. Malah, ia merupakan sebuah momentu daripada Estranged.”  Katanya

Manakala menurut seorang lagi ahli kumpulan Estranged, lagu yang dihasilkan sebelum ini tidak mendatangkan hasil.

“Kita banyak lagu tapi takde duit atau pulangan yang setimpal dan perkara ini amat menyedihkan” Tambahnya.

Estranged muncul dengan single terbaharu Milik  Ku pada 15 September lalu iaitu sehari sebelum sambutan Hari Malaysia. Dan, jualan CD mereka juga sudah terjual sebanyak 300 unit pada hari yang sama.

Salma Syahbuddin