“Kurang Ajar Punya Manusia!”, Nina Iskandar Naik Angin Dengan Siapa?

Pelakon Nina Iskandar meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara beberapa orang pekerja syarikat penerbangan melakukan kerja apabila bagasinya termasuklah yang telah ditanda ‘fragile’ dicampak-campak oleh mereka. 

Menurut Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, ketika itu dia berada di dalam kapal terbang untuk perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan telah melihat pekerja-pekerja tersebut melakukan kerja mereka dengan tidak berhemah dan sengaja berkelakuan ‘kurang ajar’.

Nina berkata walaupun bagasi dan kotaknya telah ditampal dan ditanda ‘fragile’, kakitangan syarikat penerbangan itu berlagak acuh tak acuh dan sewenang-wenangnya melemparkan bagasi miliknya termasuk bagasi penumpang-penumpang lain. 

“Yang paling teruk, mereka dah tahu saya perhati jadi makin teruk mereka membaling bagasi penumpang dengan kasar dan sengaja.  Dan mereka ketawa sesama sendiri seolah-olah ia lawak besar sambil buat muka puas hati macam nak kena penampar sambil merenung ke arah saya. Seolah-olah ia satu kejayaan yang menjengkelkan,” tulis Nina lagi. 

Dengan pendedahan ini, Nina berharap syarikat penerbangan itu akan mengambil tindakan ke atas tiga orang pekerja mereka yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya berlaku itu. 

Del14