Lafaz Cerai Pada 22 Februari Sah, Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada Lega Kemelut Rumah Tangga Berakhir Dengan Talak Satu

Pelakon, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada sah bercerai talak satu pada perbicaraan  keputusan lafaz cerai berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.

Keputusan dibuat oleh Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Hafidz pada 22 Februari 2023 lalu adalah sah.

Peguam mewakili Hafidz, iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata pihak mahkamah menerima permohonan cerai dituntut oleh anak guamnya bahawa cerai hanya sekali sahaja iaitu pada 22 Februari 2023.

“Tuntutan balas oleh Shuhada, yang mengatakan pernah ada satu lagi lafaz cerai pada Januari itu mahkamah tidak terima.

“Cerai pada Januari tak sabit, yang sabit hanya yang Hafidz failkan,” katanya.

Sementara itu, Shuhada meluahkan rasa lega apabila segala beban di hatinya telahpun berakhir dan hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak.

“Alhamdulillah, saya rasa lega.. Allah dah angkat satu beban

“Bergelar ibu tunggal membuatkan saya rasa lebih bersemangat, dah tak bergantung kepada orang lain.

“Planning untuk diri sendiri saya holdkan dulu, nak beri tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak, nak berjaya dancapai cita-cita sendiri,” katanya.

Tempoh Iddah Shuhada Selesai

Shu juga menjelaskan tempoh iddahnya sudah habis selepas mengalami keguguran pada bulan Syawal lalu.

“Saya dah habis tempoh iddah pada raya kedua, ketika keguguran,” tuturnya.

Dalam pada ifu, Hafidz berkata pihaknya juga berasa lega apabila proses penceraian berakhir dengan baik.

“Tak ada pergaduhan antara kami, segalanya selesai dengan baik. Saya berpuas hati dengan menghormati keputusan hakim,” ujarnya.

Sebelum ini, Shuhada mendakwa bekas suaminya, Hafidz melarazkan cerai kedua pada 21 Mac lalu namun tidak diterima hakim.

Kemelut rumah tangga antara Hafidz dan Shuhada mula timbul selepas muncul dakwaan rumah tangga mereka diganggu oleh pihak ketiga dikenali sebagai Athirah Yuhada.

Lebih parah, Hafidz didakwa pernah menumbuk Shuhada di wajah sehingga pipinya lebam dan terkoyak selepas berjumpa untuk berbincang masalah mereka, bagaimanapun pihaknya nengaku tidak bersalah atas dakwaan sengaja mencederakan isteri.

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada berkahwin pada  April 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata bernama Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

Artikel berkaitan: “Untuk Berkawan Baik Itu Mungkin Tidak…,” – Pintu Hati Nurul Shuhada Buat Hafidz Roshdi Sudah Tertutup

Artikel berkaitan: “I Akan Pilih You La” – Isteri Hafidz Roshdi Dedah Mesej Perbualan Dua Individu… Siapa Tu?

Sumber: Melodi TV3

Kredit foto: Faiz Anuar/Harian Metro

Aqilah Paharuzi