Categories: HiburanTrending

Tahniah, Isteri Remy Ishak Selamat Bersalin Anak Pertama!

Pelakon popular Remy Ishak tampil mengumumkan isterinya, Ezza Yusof telah selamat melahirkan anak sulung mereka, di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, pada 11.17 pagi tadi.

Berita gembira itu telah diumumkan oleh Remy menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Remy sempat berkongsi keadaan isteri dan anaknya yang kini dalam kondisi yang baik dan sihat.

Namun, setakat ini pelakon itu masih belum mendedahkan wajah dan jantina anak sulungnya itu.

“Assalamualaikum, alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11:17am, bertarikh 27 julai 2023. di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. terima kasih diatas kiriman doa dan ucapan tahniah. sekian terima kasih #remyishak #ezzayusof #ohbabyremy #remyezza,” tulisnya.

Terdahulu, Remy dan Ezza telah mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.

Fatin Nurain