Aliff Aziz Usik Bella Astillah Muka Persis Siti Nurhaliza, Netizen Komen : “Memang Iras! Muka TokTi Masa Zaman Muda Remaja”

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz mencuri perhatian selepas video pendek bersama isterinya, Bella Astillah tular di TikTok.

Video berdurasi satu minit yang dikongsikan semula oleh peminatnya itu menunjukkan Aliff dan Bella sedang duduk di meja makan sebelum aktor itu membuat sesi LIVE di platform berkenaan.

Namun,  ketika sesi siaran langsung berjalan, terdapat segelintir  netizen tampil memberikan komen kononnya muka Bella persis wajah Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Melihat komen tersebut, Aliff yang sekaan-akan ingin mendapatkan kepastian memaklumkan kepada isterinya tentang pujian yang diberikan.

“Orang kata muka awak macam Datuk Siti Nurhaliza masa muda.

“Ye ke? Cuba tengok sikit betul-betul.. Kalau dari jauh macam sama, kalau dari dekat macam….” katanya.

Sementara itu, Bella dengan merendah diri memaklumkan Siti Nurhaliza kelihatan cantik jika dibandingkan dirinya.

“Jauhnya kalau Datuk Siti. Tak adalah, kalau macam Siti saya dah jadi top model dah,” jelasnya.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

“Memang betul ada iras rupa Siti.

“Memang sebijik Bella, Muka TokTi masa zaman remaja sangat!

“Betul! Saya pernah make up Siti dulu, memang sama muka Bella.

“Muka TokTi umur belasan tahun Bella ni. Tka tipu!,” komen netizen.

Salma Syahbuddin