“Lagi Labuh, Lagi Tertutup, Lagi Berseri-Seri” – Cantik Berbusana Songket, Izara Aishah Dihujani Pujian Peminat

Aktres jelita, Izara Aishah sering menjadi perhatian peminat setiap kali membuat perkongsian di media sosial.

Terbaharu, Izara membuat hantaran di Instagram miliknya dengan memaparkan beberapa foto dirinya bagi menghadiri sebuah acara baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Izara dilihat sungguh anggun mengenakan busana songket berona emas gelap. Busana tersebut direka oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

“My way of songket outfit,” tulis Izara di ruangan komen.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran Izara itu telah pun meraih lebih 34,000 tanda suka dan lebih 350 komen.

Lebih mengujakan apabila ruangan komen di hantaran tersebut dihujani dengan pujian peminat apabila rata-ratanya terpesona dengan kecantikan Izara lebih-lebih lagi dengan menggayakan busana songket.

Malah ada juga memberi komen bahawa busana songket tetap kelihatan cantik biarpun nampak longgar dan labuh.

Khairil Khusyairi