Hiburan By: SGMS Faida October 19, 2018 @ 5:44pm

Lagu Bodoh, Dilabel Kayu Ketika Menari? Ini Jawapan PADU Syura!

‘ Haih…bila tiada lagu baru, ditanya-tanya. Bila dah ada lagu, dihentam pula. Apa korang nak sebenarnya ni?,’ demikian luahan penyanyi Syura Badron selepas muncul dengan single terbarunya, Ego.

Tampil dengan lagu rancak, nama penyanyi berusia 32 tahun ini menjadi bualan netizen apabila dikecam kerana terkinja-kinja dalam klip video.

“ Macam-macam yang netizen kata di laman sosial. Saya sendiri pun hairan apa yang mereka nak sebenarnya.

“ Mereka kata lagu tu bodoh dan tak perlu terkinja-kinja. Banyak lagi lah,” katanya kepada BH Online.

Ego adalah lagu terbaru ciptaan sepenuhnya Syura atau nama lengkapnya, Zuraidah Badron, manakala susunan muzik dihasilkan Zimi Sofazr. Muzik video lagu itu sudah berada di Youtube sejak 28 September lalu.

Meskipun dikecam hebat, Syura tidak menjadikannya sebagai alasan untuk berhenti menghasilkan lagu pada masa akan datang.

“ Saya mahu bersikap positif. Biarpun tidak semua suka dengan Ego, saya bersyukur jumlah tontonan klip video lagu itu semakin meningkat. Mungkin jumlahnya tidak terlalu besar, namun saya puas apabila semakin ramai menyedari kehadiran lagu itu,” katanya.

Dalam pada itu menerusi laman Instagram Syura, penyanyi ini turut memuatnaik sebuah video memaparkan dirinya sedang menjalani latihan tarian untuk muzik Video Ego.

“ Step saya pun masih bersepah. Kalau ada yang kata saya tak pandai menari, terkinja-kinja, kelakar bila menari, tak sesuai bila menari, tak sesuai dengan status seorang ibu, saya tak kisah pun.

“ Sekurang-kurangnya saya ada usaha untuk mencuba dan mencabar diri saya buat kelainan demi memastikan saya menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam video lirik saya,” terangnya yang tak kisah digelar ‘kayu’ ketika menari.

Setakat ini, muzik video Ego mendapat jumlah tontonan 36,000 tontonan dengan hampir 1,300 tanda suka. 

Dalam pada itu, Syura memberitahu dia berbangga apabila Ego dipilih sebagai lagu tema drama, Mimpi Sabrina yang akan ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Siti Elizad Selamat Jalani Pembedahan

Sebelum ini Siti Eklizad juga pernah menjalani pembedahan membuang cyst seberat 4 kilogram

Events Sun, 4 Feb 2018

10 PORT INSTA-WORTHY (KAMI SERIUS) DI #GOGEGARIA FEST!

Yes! Ini adalah WAJIB buat kenangan yang kamu telah hadir ke #GoGegaria Fest 2018!

Cahaya Mata Tue, 25 Oct 2022

Tidak Berpantang Cara Orang Melayu, Dr Amalina Beri Tips Lepas Bersalin

Boleh cuba untuk para-para ibu yang baru lepas melahirkan tu

Featured Mon, 21 Aug 2023

[VIDEO] Gara-Gara Puji & Backup Ira Kazar Tak Ganggu Hidup Orang, Ramai Kritik Aliff Syukri

‘Ira sangat humble.. yang penting tak kacau hidup orang, diam saja’ – Datuk Seri Aliff Syukri 🫣🤔 Alamak! 🥶

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

TWICE Momo Dan SUPER JUNIOR Heechul Disahkan Sedang Hangat Bercinta!

ONCE dan E.L.F approve tak hubungan mereka?