Lagu Baru Zizi Kirana, Dilabel Lagu Sampah!

Penyanyi yang bakatnya digilap menerusi program realiti nyanyian ini nampaknya sudah mula mencuri tumpuan masyarakat. Bukan sahaja melalui penampilan nya yang kelihatan agak seksi, Zizi kini tampil dengan lagu Nak Ke Tak Nak. 

Lagu yang mendapat kerjasama penyanyi hip hop Waris ini ternyata berlainan sama sekali jika dibandingkan dengan lagu yang terdapat pada single pertama beliau iaitu, Boleh Jalan

 

Kenapa lagu baru Zizi ini dilabel sebagai lagu sampah?

Jika diamati bait-bait lagu dan arrangement lagu Nak ke Tak Nak ini, ianya bukanlah sesuatu yang mesra untuk didengar oleh golongan masyarakat kita pada hari ini. Selain itu, lirik lagunya juga dikatakan ‘kosong’ dan tidak mempunyai apa-apa makna selain menceritakan tentang perbualan seseorang di kedai mamak.

Walaubagaimana pun, muzik video rasmi lagu Nak Ke Tak Nak ini telahpun menduduki nombor 29 trending di Malaysia dan seramai 257,044 telahpun menonton muzik video ini dilaman Youtube sahaja.

 

Salma Syahbuddin