LaguXTRA: “Its Really Happening To Me” – Lagu Kegemaran Nadia Brian Buat Dirinya Berfikir?

Pada minggu ini, Xtra bawakan lagu kegemaran oleh pelakon Nadia Brian yang membuatkan dirinya berfikir dan refleksi tindakannya.

Lagu kegemaran yang sering dimainkan itu ialah lagu nyanyian daripada Mimifly yang berjudul Kan Ku Sudah Kata.

Menurutnya, dia boleh ‘relate’ dengan lagu tersebut kerana perkara itu pernah terjadi kepada dirinya.

“Lagu tu buat saya terfikir-fikir, its really happening to me, boleh jadi dekat anda.

“Benda-benda seperti pengalaman sendiri atau thinking thoughts yang kita selalu fikirkan. Dengarkan,” ujarnya.

Lagu Kan Ku Sudah Kata tersebut juga merupakan OST filem Eva dimana Nadia merupakan antara watak utama di dalam filem karya arahan Suhaiza Aziz itu.

Nadia yang membawakan watak Elly iaitu ahli psikologi dan kakak kepada watak Nadia Aqila yang mempunyai tiga personaliti dalam diri adalah sebuah filem untuk mengangkat tentang kepentingan masalah kesihatan mental dalam masyarakat.

 

Maya Basir