Terlibat Sindiket Pelacuran, Pelakon Indonesia Ini Dibayar RM24,000 Sejam?

Pelakon sensasi Indonesia, Vanessa Angel ditahan Polis Daerah Jawa Timur ketika dalam serbuan melibatkan sindiket pelacuran, baru-baru ini.

Memetik laporan detikhot, pelakon sinetron ini dilaporkan menerima bayaran sebanyak Rp 80  juta ( sekitar RM 24,000) daripada ‘pelangannya’ yang dipercayai seorang usahawan di Indonesia.

Pelakon berusia 28 tahun ini ditahan ketika berada bersama seorang lelaki di sebuah bilik hotel di Surabaya, pada petang Sabtu. 

Menurut wakil dari unit siber POLDA Surabaya, Harissandi, Vanessa sedang ‘berhubungan’ dengan lelaki yang bukan suaminya di bilik hotel.

Sementara itu, model majalah dewasa Avriellia Shaqqila turut ditahan ketika dalam perjalanan ke hotel.

“ Dia masih belum tiba di hotel sewaktu ditahan,” kata Harissandi.

Avriellia dipercaya menerima bayaran Rp 25 juta (sekitar RM7,400) bagi setiap jam. 

SGMS Faida