Hiburan By: Salma Syahbuddin March 23, 2018 @ 8:48am

“Ada Yang Sudah Belasah Saya, Tapi Saya Okay” – Mawi

Sebenarnya itu adalah kata-kata yang diterima oleh penyanyi ini ketika beliau mahu menerbitkan filem pertamanya.

Bagi penyanyi yang lahir dari program realiti TV ini, nampaknya beliau cukup cerewet dalam mengarah filem sulungnya. Mengakui filem tersebut masih belum mempunyai tajuk yang sesuai, Mawi turut menitikberatkan setiap babak agar mesej dalam filem bergenre komedi Islamik ini sampai kepada penonton.

 

Namun, apa yang menarik perhatian di dalam filem arahan Mawi ini ialah, babak yang membabitkan watak seorang manusia yang dianggap pelik kerana tinggal di dalam rumah yang berada di bawah tanah. Menurut Mawi, props ini dibina dalam tempoh seminggu sahaja. 

“Ada satu watak pelik yang dianggap gila. Dia bukan taksub pada agama tapi apa yang dia kata akan membuatkan kita terfikir tentang kata-kata beliau. Watak tersebut memang wujud tapi dah arwah. Dia bukan taksub pada agama tapi beliau buat rumah tersebut dibawah tanah kerana beliau akan tetap mengingati mati. Tinggal seorang diri dan memakai ihram sepanjang masa.” Katanya.

 

Selepas menimba pengalaman dan idea bersama Syamsul Yusof, Mawi masih berdebar menantikan respon daripada penonton tentang filem arahannya ini. Dan, berharap agar filem ini mendapat sambutan serta diterima oleh peminat seni hiburan tempatan. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Aug 2023
LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018

Kenali ‘Roda Warna’ Agar Kamu Tak Runsing Ke Tempat Kerja

Beranikan diri untuk padankan shawl bewarna hijau dan top kuning yang bakal menimbulkan gaya feminin.

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Sun, 2 Jun 2019
Hiburan Thu, 22 Feb 2018

范冰冰遭拍素颜睡姿「嫩肌白到发光」飘仙气

中国女星范冰冰出道多年,冻龄有术,除了脸蛋紧致无暇,也是圈内出了名的白皙美人。大年初五就开工的她,戏一拍就到隔天凌晨,一收工倒头就睡,被偷拍也不知道,而她睡姿照在网上公开后,嫩白到发光的皮肤让网友看了惊叹不已。

Hiburan Sun, 10 Mar 2024