Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 20, 2023 @ 11:31am

“Bila Dah Kantoi Curang, Dan Dan Ada Penyakit” – Berang ‘Penyondol’ Guna Isu Kesihatan Mental Sebagai Alasan, Ini Respons Padu Ruhainies

Kemelut rumah tangga Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri hangat diperkatakan selepas orang ketiga yang didakwa menjadi perosak hubungan mereka tampil membuat permohonan maaf secara terbuka, semalam.

Terdahulu, wanita yang dikenali sebagaI Athira Yuhada tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isteri Hafidz menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Menurut Athirah, perkara tersebut berlaku selepas dirinya ingin memberikan sokongan moral kepada Hafidz yang mengalami masalah kesihatan mental.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku Bodoh & Pentingkan Diri, Wanita Ganggu Rumah Tangga Hafidz Roshdi Akhirnya Dedah Punca Sebenar

Namun, Shuhada turut tampil membuat kenyataan balas terhadap permohonan maaf itu dan mendedahkan banyak maklumat bercanggah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Mungkin Akan Memaafkan Tapi…” – Isteri Hafidz Roshdi Jawab Permohonan Maaf Athira Yuhada, Serah Semua Kepada Peguam

Menyedari perkara itu, aktres Ruhainies turut terpanggil untuk mengulas isu yang sedang hangat diperkatakan dalam kalangan warganet ini.

Dalam sebuah perkongsian di Instagram Story (IGS), Ruhainies telah meluahkan rasa kurang senang apabila wanita terbabit menggunakan alasan masalah kesihatan mental bagi menutupi segala kesalahan yang dilakukan.

“Bestnya, bila dah kantoi curang dan dan la ada penyakit la, mental health problem la. Mental health memang perlukan support dari perempuan lain eh? Bukan family? Or counselling?

“Okay lah, sapa (siapa) lagi kantoi lepas ni bagi lah alasan ada sakit mental. Scandal pun boleh bagi alasan sama. Ada penyakit mental. Dua-dua mental. So sweet,” tulisnya.

Namun, hantaran terbabit dipadam oleh Ruhainies selepas beberapa jam ia dimuat naik di IGS.

Terdahulu, Hafidz tampil menafikan dakwaan yang menyatakan dirinya berlaku curang terhadap isterinya.

Bagaimanapun, isu kecurangan yang berlaku ini terus tercetus selepas isterinya membuat pendedahan pada Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba Muat Naik Video, Peminat Desak Hafidz Roshdi ‘Explain’ Isu Curang! Netizen Komen: “Kalau Prank, Aku Doakan Jadi…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan Tak Tahu Malu” – Isteri Hafidz Roshdi Spill The Tea… Dakwa Suami Curang, Wujud Penyondol

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Kapsyen Berbaur Sindiran, Peminat Serang Instagram Hafidz Roshdi.. Netizen Komen: “Kesian, Tak Rasa Bersalah Langsung”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Thu, 6 Sep 2018

BLACKPINK Duet Bersama Dua Lipa, Peminat Kpop Pastinya Teruja

Lagu berjudul Kiss And Make Up ini adalah hasil pertemuan mereka ketika berada di Seoul, Korea

Hiburan Sat, 19 Jul 2025
Trending Thu, 25 Feb 2021
Trending Tue, 13 Aug 2019

Isteri Hamil Maut Direnjat Ketika Mandi & Suami Pula …

Kerana sayang dan ingin bantu suami pula..

Featured Tue, 23 Nov 2021
Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Bahagia! Hasrat Abby Abadi Akhirnya Tercapai

Hasrat Abby Abadi untuk mengambil anak angkat bayi lelaki dimakbulkan dengan sekelip sahaja. Syukur ke hadrat ilahi.

error: Content is protected !!