Lambakan Pelakon Ramai Followers Punca Mubarak Majid Kurang Tawaran?

Pada usia 64 tahun, pelakon Mubarak Majid mengaku kurang menerima tawaran berlakon sejak kebelakangan ini.

Mubarak Majid atau nama sebenarnya Mohamad Mubarak Majid memberitahu dia agak kecewa apabila stesen televisyen hari ini lebih memberi peluang kepada para pelakon muda dengan jutaan followers di sosial media.

“Sejak kewujudan sosial media saya dapati masalah ini timbul. Mereka mahu ambil pelakon popular yang followersnya ramai.

“Di usia saya begini, agak sukar untuk meraih pengikut di Instagram dalam waktu yang cepat. Apabila pelakon muda yang diambil sebagai hero atau heroin meletakkan harga tinggi, kami sebagai pelakon lama hanya menerima bayaran rendah kerana faham dengan kekangan kos produksi,” katanya kepada Xtra.

Akui pelakon yang sudah 40 tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan ini, dia juga berharap agar pihak stesen televisyen memberi peluang kepada pelakon lama.

“Ada beberapa kali pernah terjadi apabila nama saya ditolak stesen tv. Pengarah produksi menghubungi saya meminta maaf atas hal itu.

“Tidak mengapa bukan belum sampai rezeki saya untuk kembali berlakon di televisyen,” katanya yang masih menunggu tawaran untuk berlakon semula.

Untuk rekod, beliau telah membintangi lebih 100 drama antaranya Mencari Qiblat, Gerak Khas, 3 Janji, Topeng termasuklah pementasan teater.

Oleh: Fas

SGMS Faida