Categories: Hiburan

Lambat Sikit Pun Dah Kecoh !!

Nama Fathia Latiff kembali hangat sejak dua menjak ni. Kali ni, pelakon Fathia Latiff mendedahkan sikap produksi yang mudah menilai dirinya tanpa melihat kebaikannya…

Memetik penulisan Fathia di Twitter miliknya, pihak berkenaan sering mencari kesalahan dirinya, kononnya beliau kerap lewat ke lokasi penggambaran.

” Datang lambat sikit nak kecoh satu Malaysia. Seolah-olah kamu tidak pernah lambat. (Kalau) Nak cari kesalahan orang, laju saja,” katanya.

Tidak mendedahkan syarikat produksi terbabit, Fathia bagaimanapun mengatakan ia bukanlah nama yang begitu dikenali dalam dunia seni tempatan.

Dalam pada itu, beliau pelik dengan sikap produksi berkenaan yang mahu barisan pelakonnya bekerja dengan sempurna, namun, pihak terbabit didakwanya tidak pun menguruskan kerja mereka dengan baik.

“Kalau buat kerja sempurna, tak apalah juga. Sebaliknya mereka buat kerja pun ‘cincai’ (sambil lewa). Sempat lagi nak tuding jari.

“Bukan main mereka nampak keburukan orang lain! Sumbangan, bakat, pencapaian dan kebaikan orang lain buat-buat buta.

“Kalau produksi yang dikenali tak kecoh, produksi kau yang lebih-lebih nampak ‘hauk’ (teruk). Anda boleh mengenakan selebriti lain, tetapi bukan saya,” tegasnya.

Sumber: Berita Harian 

SGMS Putri