Hiburan By: SGMS Fas April 24, 2018 @ 1:14am

Lan Solo Berhadapan ‘Anak Bawang’

Bukan salah ibu mengandung dan bukan juga salah anak yang dilahirkan ‘cacat’. Segalanya takdir dan ketentuan yang Maha Esa dan tiada insan yang mampu menghalangnya!

Semoga penyanyi Mohd Razlan Mohamed Yusof atau Lan Solo, 33,  tabah menghadapi dugaan dikecam segelintir pengikut laman sosialnya,  mempersendakan anak bongsunya, Nur Amna Quxandra yang sumbing.

Tidak dinafikan, saya menerima komen negatif yang mempersenda apabila saya memuat naik gambar anak di laman sosial. Selepas melihat profil, kebanyakan yang berbuat demikian adalah kanak-kanak yang masih belum matang,” memetik kata Lan yang disiarkan dalam BH Online.

Kredit: Instagram Lan Solo Official.

Amboi! Kanak-kanak sekarang pun dah bijak nak komen. Jangan begitu dik, belajar dahulu erti kehidupan sebelum nak menjaga tepi kain orang dan jangan nak jadi ‘anak bawang’  pula ya! Cukuplah dah ada ‘makcik bawang’ huhu!

Nasib baiklah bekas vokalis kumpulan Kristal ini memahami dan tidak menyalahkan mereka atas alasan fikiran kanak-kanak berkenaan masih belum matang.

Saya tidak sangka boleh sekuat ini ketika berdepan kecaman seperti itu. Bagaimanapun, hanya segelintir yang tidak sensitif kerana selebihnya tetap menyokong dan memuji tindakan saya berkongsi wajah anak walaupun tahu risiko bakal dihadapi,” tambahnya.

Pun begitu, Lan turut bersyukur yang perkongsian gambar anaknya itu mendapat respon serta memberi inspirasi pula kepada ibu bapa yang senasibnya.

Keluarga Lan.

Ada yang menghantar mesej sambil menunjukkan wajah anak mereka, sedangkan sebelum ini malu berbuat demikian. Kami juga bertukar-tukar maklumat mengenai kecacatan yang dialaminya. Dari situ, saya mengetahui kewujudan persatuan berkaitan,” jelasnya.

Malah menurut Lan, mereka banyak membantu dalam urusan pendaftaran pembedahan anaknya yang dijadualkan pada hujung bulan depan.

Selain Nur Amna Quxandra, Lan dan isteri Nur Sheila Hassim, 33, mempunyai tiga lagi anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4.

Kita sama-sama doakan  Nur Amna Quxandra diberi kesihatan yang baik untuk menjalani pembedahan kelak ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Aug 2019
Hiburan Sat, 27 Jul 2019

Permit Tidak Lulus, Sesi Bertemu Kim Jae Hwan Terpaksa Batal!

Wang akan dikembalikan sepenuhnya kepada peminat.

Hiburan Tue, 31 May 2022
Featured Fri, 3 Dec 2021

“Penat Bila Dapat Guest Macam Ini” – Tetamu Langgar Syarat Tempahan & Buat ‘Homestay’ Bersepah

Selepas kerajaan membenarkan rentas negeri, pasti ramai yang sudah mula rindu untuk pergi bercuti. Malah, kita juga boleh lihat tempahan homestay juga hampir penuh setiap hujung minggu. Namun, dalam keterujaan itu ada juga beberapa individu

Hiburan Tue, 9 Apr 2019
Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Gambar ‘Panas’ Tersebar Di Sosial Media, Apa Komen Haqiem Rusli?

Siapa punya kerja agaknya ni eh edit-edit gambar mengarut?

Featured Wed, 4 Jan 2023

| Live TV